kaWan LamA a.k.a kaWaN sElaManYa

salam..

hari ini hari yang menggembirakan.. aku telah kuar melepak seharian dengan kawan lama aku.. seyes teruja.. da 4 tahun kot da tak jumpa.. mulut ni da macam popcorn da.. tak henti-henti bercakap.. nak ganti balik 4 tahun tak bercerita .. cerita sampai jalan pon bley sesat.. hehe.. naek kering anak tekak ni..korang pon mesti penah melalui saat gni kan.. so, alang2 aku da lme x update, meh aku share pe yang slalu dilakukan ble berjumpa teman lama..

a) compare perubahan terbaru korang sambil tersengih2.. tapi slalu dalam bentuk pujian, cth: makin cantik ko skang, makin kurus ko skang n sewaktu dengan nya..

b) cerita hidup masing2.. slalu topik pasal blaja, keje, status, bahagia ke tak..

c) cerita pasal perkembangan kawan2 laen (spt pe yang terjadi dgn si milah, si joyah dah kawen ke blom)

d) cerita pasal orang yang slalu diceritakan sprti musuh lama, orang yang slalu di kenakan di sekolah dlu ( kre mengumpat la sng cite)

e)tgk wayang ( tu kre xtvt normal la tu)

f) mengimbau nostagia lme  spt saat mengenakan pelajar form 4, menculik kucing cikgu displin..  part ni yang paling special sbnarnya

tu la antara xtvt yang ak buat tadi.. mula2 tu rsau mati kutu tapi dah jmpa rse mse tu macam skejap je.. nape kadang2 satu persahabatan tu tak kekal lame?? kadang2 ikot gak niat kte berkawan.. kalo kte kawan dengan dia mmg sbb dia tu dia, bley la kte brtahan lme dengan dia.. tapi kalo skadar sbab rupa, harta, populariti, gerenti persahabatan tu hilang ble sume bende tu pergi.. n persahabatn yang diingati ble kte lalui saat2 susah seng bersama.. kawan lame, kawan selamanya..kepada kawan2 yang sudi berkawan ikhlas dengan aku, terima kasih sebab sudi kawan dengan aku.. ( walaupon ucapan terima kasih tak ckup nak balas pe yang korang da lalui bersama aku)..

p/s:  thanx waeda kuar dengan aku.. tahun depan balik tau.. kte kuar bertiga pulak.. (^-^)

hampir diinterview lalu hampir ditipu??

salam..

ni ada cite fresh yang aku nak cite kat korang sume.. yela.. da alang2 dapat online ni.. trus la aku amik pluang ni nak update blog.. cite ni seyes fresh.. tahap baru petik dari ladang punyer laa..

fresh graduate macam aku ni memang desperate la nak cari keje kan.. baru2 ni aku sangat giih membuka laman web kerja kosong seperti jobstreet dan seangkatan dengannya.. setelah 4 interview aku tak pegi kerana masalah2 kronik, aku sangat gembira kerana di"call"oleh sebuah syarikat yang kata ada baca resume yang aku hantar kat Jobstreet dan diberitahu ada interviw ari isnin ni iaitu sok, 20hb september..

ayah aku suh siasat btul2 tentang syarikat ni dan Allhamdullilah kerana aku mendengar nasihat ayah aku.. aku cari kat internet tak jumpa.. plik kalo syarikat yang dikatakan worldwide takde syarikat laman web sendiri. skali aku search aku terbaca kat satu forum tentang syarikat ni.. kalo korang nak baca leh pegi kat link:


aku pon decide tak pegi interview untuk esk.. pe pulak pendapat korang kalo korang ditempat aku?


notis..

slam semua..

sori semua kerana sudah lama tidak mengupdatekan diri.. sjak tamat pelajaran di ukm ni.. macam2 masalah yang timbul untuk mengonline kan diri.. termasuk la line intenet yang macam chipsmore.. kalo ada pon lembapnyer seumpama siput..tapi tu sume tak bikin gua panas.. yang menjadikan gua geram sebab laptop gua telah dikibau oleh abg gua.. so, sukarlah bagi aku untuk menggunakan laptop sendiri..

tapi pape pon aku nak jugak mengupdate blog ini kerana telah mendapat mesej2 ingin mendapat  maklumat terbaru tentang aku skang ni.. well... orang takde facebook kan.. susah orang nak tau perkembangan diri..

anyway, thanx kepada follower2 yang setia tersebut...(^^)




HakiKat SeBuaH HakiKat

Selalu dengar pasal Hakikat??
Dalam drama-drama melayu pon sering dengar dorang cakap pasal hakikat
Kita jarang sedar tentang sesebuah hakikat
kadang-kadang kita sedar tapi cuba berpura-pura tak sedar..

hakikat itu selalu berada di sebalik kejadian atau peristiwa
hakikat kadang-kadang menggembirakan
kadang-kadang tu pedih..

tapi hakikat takkan sesekali berubah
namun kita yang perlu berubah untuk menerima sebuah hakikat..

itulah hakikat sebuah hakikat..

p/s: hakikatnyer encik bongok mesti dilupakan

hentikan diskriminasi!!

salam

aku x tau la nape..
smalam aku telah didiskriminasi dgn truk skali.. seyes rse mcm nak jrit kuat2 kat ctu.. aku telah didiskriminasi kerana kau seorang budak perempuan yang muda.. x bley blah.. didiskriminasi sebab muda tu aku bley trima lagi laa.. xde la mkn hati sgt pon.. tapi ble didiskriminasi kerana aku seorang perempuan tu aku sdikit bengang la gak.. sbb aku rse "beliau" bkn saje mngutuk aku bahkan semua kaum wanita.. sesuka ati "beliau" je..

SITUASI 1

Perempuan ni kalo bawak kete suka bazir minyak petrol.. sbb dorang asyik pakai aircon

WTH kata pompuan gtu.. aku rse bab ni mne bley trus tuduh pompuan.. aku rse tu depend kat individu la.. dak laki pon bwk kete pakai aircon gak pe.. separuh org pk mungkin x pakai aircon bley jimatkan petrol.. tapi separuh org yang pakai aircon tu mungkin pk nak elak pencemaran udara kat luar tu.. ni siap bley tambah2 lagi kata budak pompuan bazir petrol pakai aircon sebab nak jaga makeup n bulu mata palsu.. x bley blah.. rse nak baling kasut..

SITUASI 2

Budak laki dah tau dah semua bahagian enjin.. budak pompuan ni je yang x tau pape

Perghh.. "beliau" cakap depan2 aku lak tu.. aku pon xdelah x tau langsung.. tau la gak skit2.. slalu tgk bapak aku repair kete..padahal budak laki sebelah aku tu siap tnya aku bateri ada brapa jenis sebab dia x tau.. tapi orang akan ingt dia tu msti tau sbb dia dak laki.. ini TIDAK ADIL

SITUASI 3

Pompuan pandai bazir duit n kedekut

Ish3... memang mintak pelempangkan ble dngar bnda ni.. "beliau" kata perempuan slalu bli spare part  kereta murahan sbb duit tu dia nak guna shopping bli baju, kasut n bla bla bla.. sesedap oren je "beliau" ni.. pasal spare part kete tu pon nak salahkan orang pompuan.. dah orang tu tak mampu, dia bli je la yang murah.. takkan la nak ikat perot sume tu sebab nak bli spare part original.. tak paham tol laa..


Secara umum nyer la kan, korang rase btulkah pendapat "beliau" tu??

p/s: nape orang ingat aku dak SPM... aku da 20-an la...

oiitt orang keramat..

salam
arini aku pegi jemputan orang kawen.. yang kawen tu jiran lama aku masa aku dok Keramat dlu.. sonok r gak.. sebab da lama gak r aku tak jumpa orang Keramat ni.. aku dok Keramat sejak umur aku enam tahun sampai la aku form 3.. kira 10 tahun la gak..di samping majlis ni majlis perkahwinan, ia gak da jadi macam reunion bagi ktorang satu kejiranan..

pengantin baru

bekas makcik jiran sebelah ( mak pengantin)


 Banyak gak benda yang best sepanjang aku hidup kat Keramat ni.. kadang2 aku lupa yang aku dah bukan warga Keramat lagi da.. da lama kot aku dok ctu.. memang da sebati dengan kehidupan di sana.. antara benda2 pelik lagi ekstrim berlaku mse aku jadi warga Keramat dlu seperti....


a) Saje buat2 tertinggal bas mse nak balik dari sekolah agama sebab nak jalan kaki lalu depan kubur ( geng2 takde keje yang slalu cari nahas)


b) naik basikal tak ingat dunia sehingga eksiden dengan teruk..  pernah juga melanggar pasu cikgu aku sampai pecah pastu blah macam tu je (sori cikgu ^-^')


c) kejadian rumah sebelah aku terbakar sebab anak dia bakar tilam dalam bilik


d) menjadi saksi pergaduhan hebat jiran aku depan rumah ( gadoh suami isteri)


e) melepak di kedai runcit sehingga tak ingat dunia sehingga terpaksa dipanggil balik


banyak lagi lah.. tapi ada yang terpaksa dirahsiakan habis aku kne blasah kalo aku citer sumer.. jadi tu sume kenangan la.. ble jumpa balik orang2 Keramat tadi, aku teringat balik memori aku dok sana.. tbe2 rse sekejap mse berlaku.. tbe2 aku da membesar dan meninggalkan sume tu .. kte melalui rutin harian kte setiap hari tanpa menyedari mase dah berlalu dan persekitaran kte juga dah berubah...


papepon, selamat pengantin baru Firdaus ( bkas jiran sebelah umah) dan ziana.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat

L (Part 1)

Salam semua..
L yang ingin ku kisahkan dalam topik kali ni bukan la L watak dalam komik Deathnote tu.. serta bukan juga L kwn sedarjah aku waktu darjah 3 dlu L tak lain tak bukan ialah L driving license tu..Oleh kerana aku tak tau nak update pe kat blog aku, aku rse topik L ni kre best gak kot nak share dgn korang.. Ada sesetengah daripada korang yang follow blog lama aku mungkin tau serba sdikit mslh aku dgn driving ni.. ak stil tgh atasi mslh fobia tersebut.. aku rse x yah la aku story lebey2 pasal sejarah tu.. aku nak story dgn korang pasal kelas L yang baru aku pergi siang td..

Aku g la pusat memandu tu kol 8 pg td.. hati aku sayu sgt.. even nak g training pon aku x rse sayu mcm ni sbb g training ramai geng.. ada la 5 orang dari pusat memandu yang sama yang join klas teori arini.. dorang ni pulak jnis x mau bkak mulut.. pastu aku tgk ada akak freehair tgh baca paper ni mcm bley je nak wat borak tapi ble aku dok sblh dia tbe2 dia baca paper tu kuat2.. x jadila aku borak.. mcm mrh je aku dok sblh dia..

ble msuk dalam klas tu, dak2  klas tu mmg senyap.. aku yang memang minah suka borak pendiam trus join dorang mendiamkan diri.. klas tu ada 25 org.. akak kerani yang handle pendaftaran tu comel lagi mesra orang nyer tapi kelas tu hanya didengari dengan sore dia dengan membe dia yang khusyuk dok ngumpat dorang punyer supervisor kat depan klas.. aku rse satu klas bley paham apa yang dorang citer tu.. aku x tau la dorang prasan ke x ada 25 orang bdk tgh dok depan dorang ..aku yang tgh boring ni mmg rse nak join je dorang borak tapi aku tkot dorang ingt aku ni mereng lak.. so aku pon dok la kat ctu diam..

Sbaik la tyme rehat aku brknalan dgn akak nurse yang baik hati.. bley la layan borak2.. kalo x mati kaku aku kat ctu.. tbe2 time rehat tu ada sorang pakcik ni.. dia rupenyer pengajar memandu.. tapi x tau la dia dari pusat memandu mne.. dia sambil makan baik punyer dia kutuk student dia dengan pakciks2 lain.. kuat2 lak tu.. dia kata da la budak tu tak pandai.. tah pape bawak.. pastu tah pe tah lagi kutuk..ikot hati mmg rse nak tegor je pakcik tu.. sbb budak tu x pandai la dia datang blaja.. takkan pakcik tu nak harap yang terrer je datang blaja dengan dia..lagipon budak tu bkn mintak dia ajar sukarela, budak tu bayar kot.. so, aku rse better pakcik tu ajar dengan ikhlas.. n aku rse x perlu kot nak kutuk budak tu dpn sume org kuat2.. ikot ati mmg rse nak tego je gtu.. tapi takot lak pakcik tu bagi aku makan penampor.. so, aku pon hanya bermonolog dalam hati...~~


p/s: aku actually nak tangkap gmba pusat memandu tu ke, klas ke, tapi x bwk henset lak.. sbb aku prasan yang blog aku seakan kekurangan gamba.. so, laen kali lak aku letak k..^-^

Memendam kebengangan..

Salamm...
ArgghhhhhhhhhHHH...
Gua tgh bengang ni beb.. bengang sei.. selain bengang England kalah tu tak habis lagi, gua da ditambah dengan kebengangan yang baru..


Smalam aku teman "da 3 musketeer" g bershopping.. atas ajakan mak aku la kalo x mmg aku x g.. atas rse hormat kepada mak aku, aku pon g r ikot dorang tu.. musketeer yang first tu nak kawen.. so, ktorang g r kat bridal shop, kdai langsir, kdai cadar dan sebagainya.. aku x ksah stakat nak ikot g jln2 byk2 kdai ni.. aku pon mmg jnis minat g jalan2 n melepak di shopping kompleks tanpa membeli pape brg..normal la tu.. duit tgh kong ni.. tgh tanam anggur la kata kan..


Berbalik ke kisah tadi, yang musketeer 2 &3 tu aku mmg ckup bengang.. masing2 da tunjuk bf masing2 kat mak aku.. so, dorang pon usha skali brg2 dorang nak buat bertunang.. Pas tu sibuk lak tnya pasal bf aku.. pastu gelak2 la ble aku ckp x de calon lagi.. BENGANG R GAK KAN.. aku x kaco pon hidup dorang tu.. korang nak kawen ke nak bertunang ke ada aku kisah.. Pastu mereka mula mempersoalkan muka aku yang burn akibat latihan tauliyah aritu.. aku rse aku x rosakkan kulit muka dorang pon ble aku join lthn ni.. yang dorang dok sibuk risau lagi kecoh pasal muka aku da gelap pe barang kan.. ni bikin gua lagi panas adalah.. xpe2.. aku da putih balik nnti baru dorang tutup mulut kot.. kte wait n see..


tapi sepnjang aku g kdai bridal tu, seyes aku tringat encik bongok.. n tbe2 aku rse nak lempang encik bongok laju2.. da la gua tgh bengang, tbe2 gua bertukar menjadi sdey.. sob2..T-T


p/s: Buat penyokong England, jom kte mulakan hidup baru.. huhu

Kembali Semula..

Salam..
Orang laen mungkin sdang senang lenang di rumah...
bersama keluarga..
hang out dengan kekawan..
al- maklum la.. da stat cuti sem( bagi budak UKM la)..
exam pon da abis.., n bagi final year tu da mula cari keje kot skang ni..
tapi aku lak terbalik..
aku kne balik UKM arini..
berasa sdikit frust sbb da berenjoy2 di rumah tbe2 terpaksa balik ke U..
Tapi da bright side. aku boleh menggunakan Jaring dan berbloging
kat umah xleh online( ayat penyedap hati)

aku kena balik cni balik coz aku ada lthn pentauliahan..
stelah brape lama2 da x g lthn
tbe2 nak stat blik..
mmg berat la jawabnyer..
aku x saba nak abis bende ni sume
bley pk pasal keje..
hmmmmmm...
penat nak tanam anggur..



Mari berbreakfast..

Pagi2 lagi aku telah dikejutkan qilah..
aku yang berasa sakit kepala yang melayankan tesis sehingga tido 3 jam je pon brase aneh
dia ajk g breakfast..
mungkin itu satu yang normal bagi anda tapi tidak bagi aku
slalu nyer breakfast aku skali gus kre makan tgh ari n ptg..
bese r student..
nak jimat duit..
aku pon layankan aja..


haaa.. korang tgk gamba ni
korang jangan slh paham lak..
set Mcd breakfast tak jual nasi lemak dalam polisterin
n aku x tempah telur mata kerbau Mcd mcm kat gamba tu
aku n da gang dengan suka suki makan nasi lemak tepi jalan kat mcd
best x
sbnrnya ktorang nak bli air n cari tmpat duduk je
pastu mmbe ajak lepak mcd
bundle la
ktorang bayar service charge ape..
hehe


moral of da story: dont try this at home or other McD 
sbb da terang2 kat luar tu tampal sticker
"no outside food allowed"
sorry encik McD

mizz Blogging So Much..

Salam..

Cbe baca kat shout mix kat sblh kanan blog aku ini.. mesej daripada mira di mana beliau menyuruh aku mengupdate blog.. maaf cik mira.. lama sudah tak mengupdate..aku smemangnya sgt tringin mengupdate blog.. n walaupon sudah lama tidak post entry baru, tapi gua still blogwalking.. itu perkara yang x bley stop la..

ok.. why i stop update for a while?? bcoz....:

Exam week..
skrang ni plajar ukm sedang sibuk exam week.. aku n da gang mengamalkan prinsip studi gler pulon last minit.. kami tidak berstudi ketika studi week.. malah kluar berpoya2 dan menghabiskan masa memikirkan masa depan.. waktu kami serius studi adalah sehari sebelum exam.. ni mmg khusyuk studi tahap budak nerd matrik aku la.. n ble da malam mula la rase nak g rebus nota lecturer atau menguyah nota2 tersebut macam biskut sebab da x mampu nak ingat da.. tu la.. sape suh studi las minit .. padan muka aku.. wakaka..

Tesis
ye.. sedang orang lain suda mula stop pk pasal tesis aku stil terperangkap.. mana tak nyer baru dapat result.. so, baru nak analisis laa.. orang laen da bley relax da pk pasal viva.. haishhhh... i love tesis but tesis doesnt love me.. mangkuk ayun punyer tesis... huhu.. n viva aku ni pulak harus dihantar lepas exam.. ini kerana jika aku x antar, aku akan dikira geng extent... adoiii...leceh2..

Personel Problem
sume bende ni besela.. sape xde.. tapi benda2 ni sume buat aku da xde mood untuk mengupdate blog.. aku banyak menghabiskan masa dengan bermenung dan tidur.. macam la sume mslh bley selesai.. tapi aku stil xleh elak dari memikirkan masalah ini.. berdoa masalah segera selesai.. hmmmm.. disebabkan ini, aku bukan saje tidak mengupdate blog, malah mula mencancel akaun di Myrakan n Tagged.. pekah yang berlaku kepada diriku ini..

Hilang smangat
sejak kawan aku, cikwanik mengalami xcident, aku sdikit kehilangan smangat untuk berblogging.. ini kerana stiap kali aku berblogging aku akn tringat kat dia... tapi kini dia sudah sembuh dan pulih.. malah beliau siap bley mengupdate blog lagi.. so, aku pon rse aku pon patut mengupdate blog.. cme aku perlukan masa untuk memulihkan semangatku..

Xde idea
pendek citer ini lah sbb utama... xde idea... ble aku pk nak update blog je, xde idea.. asal xde idea je, nak update blog.. hoho ble dah xde idea, mula mood hilang,, kne tunggu ilham dtg, baru bley update..so, kalo korang ada idea lebih2 tu, cadangkan la kat aku.. bley kasi ilham kat aku.. hehe

klah guyz.. aku nak g sambung wat bende lain jap.. kalo ada mse seyes aku update.. n spnjang aku mengambil cuti tidak mengupdate blog ni, pe yang mampu aku katakan ialah..

"i really miss blogging so much..."

nape aku rse perempuan makin pelik..

salam..

wow.. baca tajuk pon macam bikin kontroversi je kan.. aku tau msti ada girl yang tgh pelik, garu2 kepala sebab asal aku pompuan tapi aku sendiri pelik terhadap perempuan masa kini.. and maybe ada yang lepas baca ni akan yang menyumpah seranah aku n baling2 bantal kat  laptop ( tapi aku rse entry ni x sekontroversi sampai mcm tu).. tapi tu sume aku tak kisah sebab ni blog aku kan.. muahahaha.. lagipon aku just nak utarakan pandangan aku n mungkin sedikit sebanyak menyedarkan sesetngah pihak di luar sana.. tapi korang sume jangan la rse aku unfair ke apa.. sbab aku gak akan buat entry nape aku rse lelaki makin pelik.. korang nak tau tak nape aku rse pompuan makin pelik? cbe kte tgk beberapa kes yang aku nak utarakan...

Kes 1.. " Saya tak perangkap awak.. n ini memang real"..

kes no 1 ni bukan la aku nak kutuk sape2 disini.. tapi ini dilalui oleh seorang mangsa yang telah menceritakan hal ni kepada aku n da gang.. mangsa merupakan seorang duda tapi telah dianiaya oleh seorang perempuan di muka buku a.k.a facebook.. dia menyatakan kepada orang ramai yang dia bakal menikah dan sangat merindui anak2 mangsa pada masa yang sama perempuan ini tidak penah bertemu pon dengan anak2 mangsa.. mangsa mengakui mereka pernah berkawan dan sekadar berkawan setelah mengetahui perangai sebenar perempuan itu..oleh itu, sume mengucapkan tahniah kapada mangsa di atas berita perkahwinan palsu walhal mangsa ni tak tau pape.. oleh kerana perangai perempuan tersebut semakin melampau mangsa telah meremovekan perempuan tersebut daripada friendlist beliau.. berita terbaru perempuan tersebut stil meletakkan gamba2 mangsa untuk menyatakan kepada sume orang yg dorang ada affair..

komen aku: aku mula2 ingatkan mangsa saje membuat cerita supaya mangsa macam nak menampakkan perempuan tu yang syok sendiri.. tetapi setelah mendengar keterangan beberapa rakan terdekat perempuan tersebut, rupanya memang diakui prempuan tersebut mmg suka memerangkap lelaki.. tapi apa motif dia memerangkap mangsa masih tidak dapat diketahui.. masih dalam siasatan.. aku pon pelik.. pelik2..

kes 2.." saya sangat sayang anak saya n sdey nak bagi kat orang tapi saya.."

korang pon da sedia maklum pasal kes2 pembuangan bayi yang kian menjadi musim di malaysia.. sume orang mengaku benci buang bayi.. siap ada buat kelab2 benci buang bayi bagai.. of course la benci buang bayi.. ada ke yang ngok pegi mengaku suka buang bayi.. and aku pon rse yang buang bayi tu pon dulu sume same je macam kita tak suka tengok bayi dibuang.. membe aku penah cerita pasal membe cousin dia.. yang terlanjur n dia cuba mengurangkan dosa dengan berniat untuk membela baby itu.. sebaik dia tak terfikir untuk buang bayi tu.. but ble baby tu baru je dilahirkan mak perempuan tu trus amik baby tu bagi kat orang laen.. even dia merayu kat mak dia nak jaga tapi mak dia tak kasi sbb mak dia kata bikin malu keluarga.. even tu anak luar nikah tapi dia stil ibu n baby tu anak dia n dia berhak tuk rse sdey time berpisah.. mase tu perempuan tu insaf.. aku dngar citer ni pon sdikit tragis.. tapi aku mula rse lagi tragis n melampau bila brita paling baru aku dengar perempuan tu menangis lagi bila nak kasi anak no3 dia kat orang.. kre dah produce 3 anak luar nikah..

komen aku: aku tak tau la dia insaf taik kucing ke pe.. daripada dia nangis2 bagi anak kat orang better dia cepat kawen sebab mmg sure2 mak dia bagi bela anak tu.. halal lagi.. nasab keturunan terbela.. kalo da tau laki tu tak bertanggungjawab, nape stil nak jadi tkang mengandung anak dia.. aku pon pelik. pelik2..

kes 3 " im not materialistik okay...."

yang ni aku rse maybe aku je kot yang rse pelik.. or maybe ni la cara hidup skang.. aku cbe brgurau dgn membe aku yang kalo bf aku ada moto kapcai pon da ckup okay da.. pastu dia nasihatkan aku yang skang ni mmg la rse ok.. nnti ko nak kete, nak yg ada duit, nk yg brkrjaya.. pe la ngok sgt.. aku student n aku pon kne la pham kalo bf aku pon student.. takkan la dia nak bli kete sbb aku kot.. kalo aku da keje 6 tahun tu logik la aku terasa kalo bf aku tu xde mnde.. sbb da jadi satu keperluan da kete tu mse tu.. n ble cakap dia tak rse materialistik ke tu sume.. dia ckap dia bukan  tak materialistik n tak memilih.. padahal takde kete n xde duit is one of da reason dia clash dgn ex dia.. aku pon plik.. plik2..

komen aku: jangan samekan sume pompuan prangai cmni.. masing2 ada pendirian masing2.. tapi aku stil respek kalo itu da pendirian dia.. 

aku rse tu je dlu kes2 yang aku nak utarakan .. macam pjg lebar dah aku membebel.. macam dah kes jenayah dah.. tu just pndngan aku je.. bende2 mcm ni kan subjektif,.. kne tgk dari stiap sudut actually.. anyway aku saje je nak utarakan pendapat aku.. so, kalo ada yang x puas ati bley habaq kat aku lpas ni k.. tc..

imPian aku sebagai Budak2 Tahun aKhir..

salam.. baru2 ni memang bz.. yelah.. sume asignmen nak dekat due date.. final exam pon dah mula terasa bahang nyer.. so, agak sdikit buntu untuk mengupdate blog.. tapi da alang2 blogwalking ni, aku pon amik keputusan nak mengupdate blog aku skali..jeles jugak la tengok orang laen asyik update je.. so, entry aku ni tentang impian aku sebelum aku blah daripada universiti ni.. n aku tau ramai kawan2 sejagat yang baca blog aku ni (poyo giler statement ni)  n aku harap entri kali ni memberi mereka sedikit hint tentang pekah yang aku tringin nak buat sebelum mengakhiri zaman universiti ku..

a)bergambar
ni da perkara wajib.. even x jadi tahun 3 pon aku memang da bergambar.. tapi dulu aku xde r join sgt gambar2 ni.. tapi sebab aku da tahun 3, aku try gak nak masuk mne2 ruang jnji terselit skit muka aku.. ni supaya kawan2 aku tak hilang ingatan tentang aku..tetapi malangnyer aku takde kamera digital.. kamera dslr tu lagi la jauh skali..harap kat kamera henset je r.. stakat pakai kamera henset tu apelah sangat.. kalo nak tgkap 4 orang, satu kepala karang trcicir.. tak masuk korum sebab x muat.. sadis btul.. tapi sebaik aku ada rakan2 seperti cikwanik n che daini yang sentiasa membawa kamera dalam beg kerana tau yang ble2 mase kamera diperlukan n  bley digunakan untuk bergambar..

b)berpoya-poya
semakin tahun 3, semakin rajin aku berpoya2.. pekah tu.. mesti korang pelik.. tapi ni tak boley dinafikan lagi.. kalo geng2 aku ajak la pegi mane2 pon mesti aku join nyer.. aku x join kalo ada sebab seperti  emergency@x sihat@ lain2 alasan yang kukuh je.. tempat lepak yang selalu digemari ialah kedai makan, mcd ( ni bertumpu kepada cikwanik), alamanda, tgv,pusat karaoke, kajang n baru2 ni ktorang g taman botani alamanda.. best woo.. sebab segala memori2 lepakan ni lah yang akan menjadi kenangan di waktu akan datang kelak.. at least zaman2 cmni kte bley la menyamar diri kte ni remaja lagi.. mse da keje karang susah dah.. karang baru nak remaja sikit ada lak yang tegor da buang tebiat..

c) ber"viva" bersama rakan2
impian ketiga ni makin malap kurasakan.. mana tak nyer.. gamma spect aku tu buat hal n pakcik icp-ms yang bz memanjang melambatkan progress tesis aku.. kalo lambat dapat result mcm mne aku nak proses data nak buat bab 4.. kemungkinan untuk berviva awal makin ranap.. adoii... camne aku nak go on.. disebabkan banyak sangat masalah, aku mula rse boring da nak g lab.. aku rse da macam makcik lab da.. cme aku tak dapat gaji la.. aku akan trus tabah demi Viva.. chayok2..

d)menjual kucing pengetua kolej KDO
haa.. baru2 ni baru aku tau yang pengetua KDO ada bela keturunan anak2 kucing yang comel2.. comel-comel giler tahap giler gaban punyer ni.. da macam ala2 kucing kat dalam internet tu.. gtu dia punyer comel.. actually impian ke4 ni aku maen2 je.. da diberi peluang bermain dengan kucing2 tu pon aku da cukop seronok da.. tapi kalo bley jual, aku nak jual RM1500 sekor.. aku rse berdasarkan kecomelan dorang tu, mmg ada orang nak beli.. muahahaha..

comel mcm ni kucing2 tu.. x tpu..

e)berharap kawan2 berhidup dengan baik..
walaupon ktorang datang dari latar belakang yang berbeza, kadang2 pernah tak sebulu, ada impian masing2.. tapi da nme satu geng.. sekepala gak beb.. impian aku yang last ni aku harap kwn2 aku berjaya dengan urusan master n mse dpan, tersedar daripada kenangan lama, meninggalkan sepatutnya yang ditinggalkan, menemui arah dan jalan hidup serta hidup dengan baik n gembira.. kalo impian ke5 aku ni tercapai, aku rse even aku nak berpisah dengan dorag nnti after graduate pon, aku senang hati.. sebab aku takyah risau kawan2 aku hidup susah lagi.. sori.. terdapat unsur2 jiwang lagi sdey di situ..

klah guyz.. pape aku kasi update lagi..got to chaw..daa

Siapa Yang harus dipilih??

kisah ini bermula tentang kehidupan bro ni..
ada la seorang penjahat ni dengki dengan dia
so, penjahat ni tangkap 2 orang wanita yang penting dalam hidup dia
seorang awek dia yang amat jelita, ayu, menawan yang dia sayang lagi cinta
seorang lagi perempuan biase yang sangat bese tapi merangkap kawan baik bro ni
dia slalu tolong, sokong n bagi bantuan walau papepon yang terjadi

penjahat ni nak bunuh salah seorang
dia suruh bro ni pilih salah sorang untuk hidup
so, bro ni serba salah..
dia sangat sayang awek dia n at da same time dia terhutang budi dengan besfren dia ni..
so, dia mula mengalami sindrom gagal buat keputusan
dia bertanya pada awek nyer..
"sayang, nape saya harus pilih awak?"
" awak ni jangan jadi bodoh.. saya kan awek awak.. awak kan sayang saya.. da janji pulak tu taknak tinggalkan saya.. takkan awak nak biar saya mati perempuan tu hidup lak.. awak plih la saya.. saya sayang awak.. saya nak sehidup semati dengan awak..tolongla.."
pastu dia bertanya lak kat bestfren dia tu..
"weh, nape aku kne pilih ko?"

 pastu besfren dia menjawab dengan jawapan yang tenang...


pe jawapan besfren dia??
sape yang patut dipilih??
korang teka??
hmmmmm...



bersambung ..


bley Ke beLiau??

kisah ni bermula tahun lepas x salah aku
ye..
mse tu aku, bro n adik aku tgh tgk Raja Lawak..
Aku ni peminat Sepah
mse tu turn Sepah
xcited r aku nak tgk
Ingat tak ada satu episod tema Filem
Sepah wat konsep cite Rock, Pontianak Harum Sundal Malam
cuba tekan di sini untuk tgk cite minggu ke-5 tu
part di mana mamat ni peminat jeff
dia tnya jeff
"bang, pe lagu terbaru abang?"
"bila izrail datang memanggil"
kami bertiga pon ketawa berdekah2

tbe2 tgh bergelak ketawa tu
aku tnya adik aku ni yang juga sedang ketawa
"weh, paham x lawak dia ni?"
"paham la sebab tu gelak.."

aku pon tnya soalan bonus kat dia
" izrail tu sape ek?"
"hhmmm... izrail tu bkn yang serang palestin tu ke?"

aku dgn bro aku terdiam
pastu kami pon berguling2 gelak
rupanyer adik aku ni lagi klako dari sepah

p/s: izrail tu merupakan malaikat pencabut nyawa .. yang menyerang palestin ialah israel... adik aku ni skolah agama smpai darjah dua je pastu berenti.. tapi baru2 ni dia kemukakan hasrat beliau untuk join sekolah tahfiz.. bley ke beliau?? aku mula risau...

miss her.. hoho

TanDa2 Kne GasTrik...

Salam..

ADUHHHHH!!!! SAKIT GiLER WEI....
haaa... tu la prasaan orang yang kne gastrik... sakit beb... ada gak orang yang kne gastrik tapi dia x tau yang dia kne gastrik.. sedar2 kne masuk air sebab kandungan asid dah sangat tinggi dalam perut..ada gak yang x tau yang membe dia tgh gastrik.. so, kat cni aku bg tips cmne kte nak tau yang korang sedang gastrik atau seseorang tu kne gastrik..

a)muka yang berkerut sambil tangan pegang perut
ni for sure kte tau dia sedang mengalami sakit perut.. tapi sakit perut gastrik ni bley diperkukuhkan apabila anda tengok dia meraban mencari susu pada waktu itu.. tapi jangan keliru.. ciri2 di atas juga tanda2 yang seseorang tu cirit-birit, masuk angin atau tengah risau sebab lepas ni turn dia kne wat presentation kat depan.. senang korang tnya terus..mungkin korang akan dapat jawapan yang lebih tepat... sebab takut penat2 korang risau kat dia sebab gastrik rupanyer dia hanya memegang perut sebab berasa lapar dan membuat muka kerut untuk menunjukkan mogok kelaparan time kelas..

b)terasa sakit perut terutamanya sebelah kiri
ini fact.. sebab dulu dorang selalu pesan kat aku.. kalo sakit perut sebelah kiri sebab gastrik.. kalo sbelah kanan maknanya apendix.. kalo bahagian atas maknanya dah masuk angin.. kalo tengah2, time to eat laa...

c) muntah2
korang jangan ingat yang muntah2 ni orang mengandung je.. tbe2 ko tgk anak jiran sebelah tu muntah2, tak pasal2 ko set dalam kepala budak tu mengandung.. memang free dapat pelempang dengan mak budak tu kalo dia tau ko pikir macam tu..kalo tahap asid korang tu dah tinggi,  segala apa yang korang telan akan termuntah secara automatik.. ni perit gua cakap lu.. mula rase nikmat hidup da ditarik balik..

d)terasa ingin berguling
ini berlaku apabila gastrik ni da mula menyerang secara mengganas.. anda akan rase tidak mampu bergerak dan teramat ingin berguling2 di lantai.. tidak lupa juga ada yang sampai merangkak2.. ini kerana pada waktu tu badan anda tidak mampu tegak sebab menahan kesakitan.. masa aku kne tu memang rase nak berguling keliling padang.. tapi sebab rumah aku dengan padang tu jauh, aku hanya berguling di lantai.. dan merangak menuju ke bilik air.. mse tu adik aku ingat aku sedang riang bermain merangkak2.. lalu dia pon join merangkak sebelah aku..

e)baran tak tentu pasal..
korang jangan ingat budak pompuan yang marah2 x tentu pasal ni sume nyer PMS.. dorang maybe tengah gastrik ke.. ini memang biasa berlaku semasa orang tengah sakit.. normal la tu.. membe tu tengah tahan sakit ,ada lak yang sibuk pegi banyak tnya kat dia.. satu keje lak orang tu nak pegi layan soalan2 korang.. tak kurang juga yang cuba menceriakan kawan tu dengan membuat lawak yang kurang lawak lagi tidak difahami.. kebarangkalian korang untuk dimaki n mndengar carutan tu memang tinggi laa.. korng sabo je la kalo kne marah skit..


so, aku harap korang kenal serba sikit tentang sakit gastrik ni, kenal orang yang sedang gastrik, dapat mengelak dari kne gastrik n dapat elak dari kne amukan rakan2 yang sedang gastrik.. Gud luck guyz.. adios..


p/s: aku dapat idea entry ni sebab aku kne gastrik malam td.. pedih.. ubat lak tinggal sebijik lagi.. huhu



Ble si berKenderaan mengharap pada Yang xde kenderaan..

setelah lma x mengupdate, aku memulakan entri dngan ingin meluahkan perasaan tak puas ati
cbe baca tjuk entri kali ni.
aku rse maybe korang da bley pickup skit tentang pe yang aku nak cite ni..

meh aku perkenalkan watak:
Si berKenderaan:   MiZ X a.k.a member aku
sudah berknalan sejak thun 1 di UKM
mempunyai kenderaan

yang Xde kendeRaan:   Miz SlacKerz a.k.a aku la tu
seorang gadis yang tidak mempunyai ape2 knderaan 
beliau juga gagal membawa pape jenis kenderaan
ini disebabkan masalah keluarga serta memori lampau
( sape yng follow blog lme aku mungkin tau)
tapi suka naik moto dengan cik wanik g mkn

sinopsis cite:
pe prasan korang ble org2 yang xde kenderaan mcm ko ni slalu diharapkan membuat sesuatu yang perlukan korang bergerak jauh.. pk r wei.. dah lah orang tu xde knderaan.. tempat tu lak jauh.. member ni penat lak jalan kaki.. dah r gne tenaga byk.. yang best nyer yang mintak tolong tu ada kenderaan.. reason dia x mau kluar untuk uruskan bende tu adalah sebab penat @ nak jimat duit minyak@ xde mase.. nak pk penat, orang lain pon penat gak.. cume dia tu ada klebihan ada kenderaan .. tinggal nak bawak je pon.. tapi still bg reason yang dia penat untuk membawa kenderaan tersebut.. aku sebagai watak yang takde kenderaan ni terpaksa lak kluar ishtihar cmne nak settlekan bende ni untuk dia.. aku bukan nak mengungkit.. cme aku sdikit sdey kalo pe yang aku buat untuk dia x dihargai.. n ble aku x boleh tolong dia, dia mrajuk lak.. bengang dengan aku.. cbe dia pk, aku ni kne ke kluar jln kaki untuk dia.. dia just bwk kenderaan dia tu n cari brg yang dia nak.. takkan just sebab dia penat dia nak suh org lain g bli untuk dia.. pe pendapat para readers, followers n stalkerz??


moral of da stories:
aku nak minta maaf secara terbuka kalo miz X baca entri ni.. aku mmg x bley nak tolong ko smalam.. n kalo ko still nak mrajuk dgn aku, aku x bley nak buat pe r.. n aku nak ber terima kasih kepada cik wanik yang ada kenderaan n slalu tolong aku.. thanx beb...

hilang nye aku..

salam

lme aku hilang bukan sebab dah arwah...
bukan nye sebab aku msuk wad sbb xcident atau dapat tau aku kne sakit kronik ke pe..
jauh menyimpang sebab aku lupa psword google account..

actually, aku bz r..
bru2 ni aku kne bentang hasil tesis laa
tu la khidupan plajar thun akhir..
kalo x prcaya tnya cik wanik..

so, di sini aku menhulurkan salam minta maaf pada kalian..
aku akan try mngupdate ble trdapat waktu2 free..

ok guyz..
daaa~~

bila bz + mamai...

ari khamis ari tu
bz gler
ak terpaksa ke lab buat perawatan sampel
pastu ingat lpas lab tu
nak g jumpa lecturer + wat persiapan makanan utk jamuan+ beli tudung
aku jumpa lecturer sbb nak bagi ic n sijil spm kat dia
ingat lepas lab nak trus pegi jumpa dia
tp sbb sijil spm aku tertinggal kat bilik
aku pon rush balik bilik dulu baru g jumpa dia

dalam satu jam kemudian
aku pon berjaya settlekan sume benda
tinggal nak beli tudung je untuk jamuan
aku actually naek kete dengan membe aku
mse dalam kete ak tbe2 tgk kat tempat kaki
camne sliper jamban aku bley ada dalam kete ni..
plik2..
dari pagi tadi aku pakai sandel warna merah
tapi asal aku jumpa satu je
mne sebelah lgi
lpas puas aku cari
baru aku tau



aku salah pakai slipar..
sebelah aku pakai sandel, sebelah lagi aku pakai slipar jamban...
wakakakaka
ni msti aku tersalah sarung mse aku balik nak amik sijil spm td
nak rush sgt..
sampai tak perasan
korang bayangkan
aku pegi fak, jumpa lecturer, pegi beli makanan pakai macam ni:


 

korang jangan ingat aku ni x btul lak..
ni cuma kesilapan teknikal
hehe

moral: tgk dulu kasut yang korang sarung sebelum gi mana2... jangan main bedal je...


PanaS ni Beb..

Salam..

kali ni aku nak kasi satu entri yang hot..yup.. pasal aku tengah panas skang ni beb.. panas gua cakap lu.. entri kali ni bukan la sbb aku tgh bengang dengan orang.. tiada kaitan dengan ingin mengumpat atau menceritakan gossip terhangat.. jauh skali menyimpang untuk tunjuk gamba2 tak senonoh yang bikin kasi panas ble orang tengok.. tapi aku tulis entri kali ni sebab memang skang tgh panas.. aku dok luar blik pon panas, dok dalam bilik pon panas.. kesimpulannya memang sejak kebelakangan ni panas + terik+ bahang = panas abis..

menurut Salwa, seorang budak kos biologi di UKM memberitahu negara kita dah dilanda el- Nina.. ala yang panas kemarau tu.. sempena itu, entri kali ni nak review apakah fenomena2 yang berlaku ketika musim panas..

a) pergaduhan
yup.. bila cuaca jadi panas, mula la hati pon cepat panas.. padahal salah sikt je.. membe ni mengamuk x tentu pasal.. nak kata PMS, dia laki.. so aku membuat tanggapan maybe sbb cuaca yang panas ni, menyebabkan emosi beliau kurang stabil.. anyway, untuk mengubat hati yang panas ni, banyak2 lah mengambil wuduk dan beristighfar..

b) bil air n elektrik naik..
yup.. ini adalah fakta.. bila time panas camni , mula la asyik nak mandi je.. daripada mandi 2 kali sehari je, dah jadi 4 kali.. sebaik aku dok asrama.. tak terasa sangat yang aku kene bayar duit air.. n bil elektrik juga naik ooo.. mana tak nyer.. pasang kipas x tutup2.. dulu konon2 malam sjuk, da x yah pakai kipas.. skang ni x bley tdo kalo kipas tu tak pasang nombor 5.. tu blom lagi yang gne air-con.. dan untuk pengetahuan korang kdai seng heng mula pk nak bkk cawangan baru sbb berikutan jualan air-con yang laku.. huhu..  syabas pak cik seng heng.. tapi aku still bersimpati kat warga kris mas yang slalu tiada bekalan air.. takpe kak long, datang r kolej ak..

c) cuci mata
kalo jalan2 kat bandar tu, aku ingat aku dah kat oversea da.. dah si pelancong2 tu sume dok pakai singlet je.. kalo tgk sluar dorang pon mcm pakai buat syarat je.. sbnrnye malas nak pakai sluar.. tp bkn plancong je.. orang kita pon x melepaskan peluang memakai baju singkat lagi jarang.. tbe2 membe melepak jadi ramai.. daripada pemuda2 yang xde keje kini dah disertai  oleh mamat bangla n plajar2 sekolah.. pe lagi, cuci mata r.. nasihat aku di cni, biar bertambah hitam, jangan bertambah dosa.. tak de niat nak perli sesape

d) sakit
kelihatan klinik2 mula sibuk dihurung pesakit.. terutamanya klinik2 kerajaan yang hanya perlu bayar seringgit je.. penyakit yang selalu dihidapi masyarakat ketika musim panas macam ni tak lain x bukan demam n sakit tekak.. bese r.. minum air bergelen2 tapi haus gak... tapi aku cadangkan korang memang memerlukan air yang banyak sebab takot badan korang terhidrasi ble keadaan badan korang tu panas n tak ckup air.. terhidrasi ni bley menyebabkan korang menggelupur macam kne sawan n bley mati kalo x dapat diselamatkan.. penyakit denggi gak glamor sebab nyamuk ssuai membiak dalam keadaan yang kering dan panas.. tu la kalo korang prasan nyamuk mmg banyak skang ni.. n aku juga tak bley malam2 kalo tak pasang ubat nyamuk..

e) malas
aku mngaku mmang malas nak bergerak keluar sebab panas.. mula la aku rse malas nak g klas.. malas nak wat asignmen.. malas nak g lab.. dia punyr bahang tu buat orang takde mood nak wat keje.. rse macam ngantuk pon ada.. ( sbnrnye kalo panas tu alasan jer.. kalo da malas tu, cuaca apa pon malas gak)

sebenarnye banyak lagi bende berlaku sbb cuaca panas ni.. tapi oleh kerana cuaca sudah panas, aku mula trasa malas n ngantuk.. so, aku nak rehat dulu.. nanti aku update entri laen.. k guyz.. adios

AdaKah...

Adakah keluarga aku hidup dengan baik??


Adakah kawan2 aku hidup dengan baik??


Adakah orang yang aku sayang hidup dengan baik??


Adakah orang di sekeliling aku hidup dengan baik??


Adakah orang yang tak suka aku hidup dengan baik??


Adakah para follower n reader blog aku hidup dengan baik??


Adakah "die" hidup dengan baik??


Aku harap semua orang hidup dengan baik..
Agar aku senang hati apabila "meninggalkan" mereka kelak...


Adakah aku berhidup dengan baik?? 
itu satu soalan yang aku sendiri pon xde jawapan...

meNgimbau..

Salam..

tbe2 title entry kali ni mengimbau.. mngimbau pe?? haa... hari ni jatuh tanggal 12 rabiulawal.. n seluruh umat islam akan meraikan hari kelahiran nabi junjungan tercinta iaitu Nabi Muhammad S.A.W ( walaupon ada gak wujud golongan yang lupa bila sebenar nyer maulidurrasul).. seperti blogger2 yang lain aku x terlepas gak nak wat entry pasal maulidur rasul ni.. Oleh kerana menghormati hari yang mulia ni, entri kali ni akan lebih sopan n akan menggunakan ganti nama" saya' dan cbe mgurangkan sebarang bahasa berunsur carutan..

ye anak2.. segmen mengimbau kali ini akan mengimbau kembali ke zaman sekolah iaitu semasa saya masih kecil ye.. di mana saya menyambut maulidurrasul.. terdapat beberapa event yang glamor demi menyambut hari yang mulia ini... antara event2 nyer ialah....

a)pertandingan reka sepanduk..
ye.. pertandingan ini akan disertai oleh setiap klas.. masing2 akan mendapat kain putih dan dikehendaki menulis ayat2 berbentuk selawat dan segala pujian ke atas Rasullulah.. kadang2 dia da bagi tema siap2.. yang penting kne letak nme klas kita kat ctu.. permarkahan diberikan berdasarkan sepanduk yang cantik, kekemasan, pewarnaan yang jelas dan menarik dan paling penting tulisan khat tercantik.. dan semesti nyer watak saya bukan la yang menulis kerana tulisan jawi saya senget.. watak saya tukang bagi sokongan kat kawan2.." cantik la korang buat"..tu la dialog saya..

b) pertandingan perarakan..
kalo da ada pertandingan sepanduk mestilah diikuti dengan pertandingan perarakan.. kami perlu berarak mengikut jalan yang telah ditetapkan.. kadang2 keliling skolah je.. tapi lalu la gak kat area2 kawasan perumahan.. masa tu, kawan2 n saya akan pakai baju warna sama.. seronok..markah dibrikan berdasarkan bacaan selawat kuat ke x, keseragaman.. masa berarak kne la bawak sepanduk yang kte da wat tu.. mse mula2 berarak tu sume baca selawat kuat2.. beselah xcited.. tapi ble da tgh jalan sume da terdiam.. penat da berarak..huhu

c)pertandingan nasyid
yup.. pertandingan ni mmg glamor pe bila ia melibatkan sambutan perayaan dan event berbentuk keagamaan.. saya pon tak terkecuali untuk join group nasyid kelas saya.. antara lagu2 nasyid yang glamor seperti Sepohon Kayu, Rasullulah n lagu2 kumpulan Raihan .. ada satu lagu tu saya suka dengar time maulidurrasul.. tapi x ingat tajuk n kumpulan yang nyanyi dia.. bes tau lagu tu.. lirik dia pon bes
  
    tercipta satu lembaran sejarah
    di tanah suci kota mekah
    hari yang mulia
    penuh saadah
    tesebut lah sebuah kisah
    malam isnin subuh yang indah 
    12 rabiulawal yang cerah
    20 april tahun gajah
     lahirlah  zuriat....
lagu ni da x ingat sgt la.. sape tau lagu ni?? saya penah jadi vocalis sampingan.. di mana saya kena nyayi satu rangkap je.. n pada mse yang sme group saya kalah.. trus saya fobia sampai skrang untuk mewakili mne2 group nasyid..

d) syarahan @ ceramah
ini memang biasa..  sekolah akan jemput penceramah.. kadang2 orang luar.. kadang2 ustaz atau ustazah sekolah tu je.. ceramah yang selalu diberikan adalah berkaitan dengan kelahiran rasulullah, sikap baginda, amalan baginda, sahabat baginda dan sebagainya.. mse time2 ni ramai yang tertunduk.. insaf dan kagum dengar kisah hidup nabi n kemulian baginda.. tapi ada gak murid2 yang tunduk bukan sebab insaf.. tapi sebab tertido.. sebab tak ckup tido sebab dorang stay up main game boy malam tadi.. x baik btul.. kalo sape bercakap time ceramah ni, nnti ada pengawas kat tepi2 dewan tu catat nama.. tapi kalo sesama pengawas borak tak catat lak nama pengawas2 tu.. hmmm

e) makan free
ye.. semena hari yang mulia ni, skolah akan cuba membuat amal kepada murid2.. saya dapat makanan percuma.. kadang2 mihun, kadang2 nasi lemak, kadang2 nasi goreng n kadang2 bubur asyura..nnti duit blanje yang mak kasi bley simpan.. hehe.. sronok2

tulah serba skit yang dapat saya ceritakan time sambutan maulidurrasul mse saya kecik2.. saya x tau la skrang cmne dorang sambut kat skolah2.. mungkin da x same kot macam saya dulu.. hmmm.. stakat tu dlu.. berjumpa lagi di entri akan datang.. wslm..

anyway, dulu cmne korang sambut maulidurrasul time korang skolah2??
  

mrapik si Niyang Rapik

salam..

yes.. 25hb da tbe.. akhirnya kuar gak cite Niyang Rapik ni.. aku tggu dari awal bln satu lagi.. sbb ak follow drama Puaka Niyang Rapik kat TV3 dlu.. diikuti lak aku tgk Fizz Fairuz n Sam blakon filem ni.. nak r gak tgk pe citer sbnrnye movie  ni.. dijadikan cite klas elektonik aku batal ptg ni.. walaupon sdey klas batal ( padahal dalam hati yeeehaaaa), tapi life must go on kan.. so, ak n da gang Jans trus g Mines.. smata2 nak tgk citer ni..

 

Disebabkan citer ni baru sgt kluar, adalah tidak fair kalo aku bagi sinopsis full citer ni..karang ada yang x jd nak g tgk lak kan.. silap2 ada yg bayar 7 rggit kat aku sbb aku da kasitau citer ni kat dorang so, dorang da x yah da g wyg kan... so, ak bg info srba skit je r.. dlu ada 5 org kwn yang wat final project dorang kat kampung Niyang Rapik ni.. ble2 balik dari ctu lpas 6 bulan slh sorg dari kwn dorang mninggal.. mak dak tu caye ni sume ada kaitan dgn lawatan dorang ke niyang rapik aritu..oleh itu 4 org tu pegi balik kat ctu sbb nak pulangkan pe yg sepatutnyer, nak mintak maap dgn org kampung kat ctu.. kampung tu totally brubah dari mse dorng g dlu.. tapi actually dorang x tau pe ksalahan sbnr dorang  n pe yang menanti dorang kat ctu..

Citer ni ssh aku nak review.. nak kata x bes pon x.. nak kata bes pon x.. nak kata bese je pon x.. x tau la rse pe.. tapi citer ni x takot.. citer ni jadi hidup sbb kte nak tau pe yang strusnye menimpa dorang n pe sbb sgala masalah ni berlaku.. citer ni xde kaitan dgn drama dia kat tv3 tu.. watak yang stil maintain pon watak Liyana Jasmay tu je r kot.. citer ni gak mrupakan citer yang klaka yang x lain x bkn disebabkan oleh si  Shaheizi Sam.. mmg bes r dia ni.. n watak Zed zaidi yang seperti abang juga memberi ksn pada pnonton.. ada gak pelakon baru yang skali imbas gaya mcm iqram dinzly.. bley la sbgai plakon baru.. bintang yang aku kasi 3.07/5 bintang.. just so-so je r movie ni.. tapi pndapat di atas ni just pndangan aku jer.. mungkin korang ada pandangan yang berbeza,, depend kat individu tersebut..



A liTTle Big SolDier

Salam..

sempena besday shima, aku  n dak2 ni tlh menonton wayang.. kurasakan macam telah lme aku x menjejakkan kaki di panggung wyg Alamanda ni..  sbbkan x tau nak tgk citer pe n besday girl tu nak tgk cite A Little Big Soldier... ktorang pon layan kan lah.. ak actually nak tgk Percy Jackson tapi membe sume nak tgk citer soldier ni so, ak mls r nak tgk sorg2.. ak pon join r dorang..



Cite ni actually tentang negara China tgh berperang zaman dolu2... ala2 zaman mulan gtu..  ada seorg petani (Jackie Chan) yang dipaksa join askar.. untuk survive, dia jadi seorang pengecut dengan pura2 menyamar mati awal2 lagi dalam perang pastu ble sume da mati dia pon bla n tgk barang pe yang bley kutip bwk balik.. da mmg rezeki dia, jeneral team musuh dia cedera..  dia pk kalo dia dapat bwk jeneral tu kat negari dia, dia akan dapat ganjaran tanah sawah 5 ekar.. jeneral tu lak dicari oleh pihak musuh iaitu merupakan seorg putera raja yang dari dulu lagi mmg da niat nak bunuh dia.. kre nye sambil dia balik jeneral tu, sambil tu dia kne kejar dengan putera ni n da gang.. walaupon dia dianggap nak bwak jeneral tu ke arah jalan maut tapi same time dia la penyelamat jeneral tu.. ikutilah perjalanan dia nak bwk balik jeneral tu balik negeri dia..

Cite ni ada unsur2 klakar.. beselah kalo Jackie chan blakon..ditambah lak kehadiran Lee Hom yang mmg sdap mata memandang.. aku paling ske tgk bagaimana jackie chan gler caring kat lee hom.. sweett...dari segi aksi lawan dia bley tahan menarik nyer ..cite ni actually ada nilai patriotik n mepertahan kan maruah bangsa.. nilai adik beradik.. nilai kasih sayang kat haiwan.. n cite betapa trok ksn peperangan.. citer ni ok tapi aku sdikit tak puas ati dgn ending dia.. anyway aku kasi 3.68 / 5 bintang pada cite ni.. bley la tu labu.. clap2..

KenApa Aku Suka teNgok tinGkap??

salam..
arini aku telah ke lab.. walaupon aku byk keje yang nak dibuat di lab tu tapi aku seakan malas nak bergerak.. kebetulan kat workplace aku tu dekat dengan tingkap.. aku pon memulakan hobi aku dok termenung kat tingkap.. ble aku pk2 balik nape aku suka tengok tingkap ek.. so, aku dapat idea tuk entri kali ini.. i love u tingkap.. hehe..

Kenapa aku suka tengok tingkap??
Sebab bes wei termenung kat ctu.. felling masyuk punyer.. rse nak layan jiwang pon bes.. tak caye cube ko termenung kat tepi tingkap tu.. nak nyer kne angin sepoi2 bahasa.. silap2 ko bley tertido kat ctu.. bes beb..

Kenape aku suka tengok tingkap??
aku suka tengok pemandangan kat luar.. aku kan geng pecinta alam.. suka tgk bnda2 hijau.. tapi kalo kat bndar ni gambo bangunan je r..tapi aku bukan la geng pecinta kontraktor PATI bila pemandangan kat luar tu cume pekerja n bangunan stengah siap..

Kenapa aku suka tengok tingkap??
aku suka usha orang.. keutamaan diberikan kepada good looking guyz.. hehe.. tapi sekadar usharan sahaje.. bkn nak bikin balak pon.. sape kata pompuan tak suke cuci mata.. tapi aku suka gak usha2 tgk tren baju yang glamor skang ni.. n prangai orang yang lalu lalang dpn aku.. bes wei usha orang


Kenapa aku suka tengok tingkap??
ble aku tengok tingkap tu lama2 nanti aku akan mula tringat kisah2 mse aku zaman skolah n sume kenangan2 manis aku.. tidak dilupakan kenangan pahit.. tingkap membawa aku mengimbau kenangan.. especialy kenangan kaki aku luka sebab kne kaca sebab aku terjun tingkap bilik aku.. hal2 ini turut ditiru oleh heroin2 drama Melayu yang akan dok tepi tingkap di rumah @ bilik @ dalam bas sambil menangis sbb terkenang perkara malang yang menimpa mereka.. tapi aku tak nangis tepi tingkap tau..


Kenapa aku suka tengok tingkap??
ble tgk tingkap, aku akan dapat idea2 baru yang bernas.. mula aku berfikir tentang cita2 aku n pe yang aku nak wat di mse akan dtg..  serta dia akan mengaktifkan imaginasi aku.. sbb tu aku tgk tingkap dlu sblom buat keje.. nnti datang la idea .. huhu.. tapi amalan terenung di tingkap ni bukan la satu berfaedah untuk future anda.. kerana ia patut dikuti tindakan.. bukan sekadar termenung..


Kenapa aku suka tengok tingkap??
sebab suka tgk jiran- jiran depan umah aku.. mak aku slalu gak cita pasal dorang.. especially tingkap umah aku jnis tinted.. dorang tak nampak yang aku intai dorang.. tapi aku bukan nyer golongan mami jarum atau bibo a.k.a. busy body.. korang jgn slh anggap lak..just nak tgk perkembangan kejiranan je.. kan kte patut amik tahu hal2 kejiranan.. kte kan satu malaysia.. tak gitu..hehe


Kenapa aku suka tengok tingkap??
sebab nnti aku nampak biasan diri aku sendiri.. hal ni slalu didapati di tingkap2 kereta.. bley btul2 kan tudung.. tgk baju senget ke tak.. aku rse yang kes ni bkn aku sorang.. korang pon sme kan.. jgn tpu.. ala ni bukan sahaje dilakukan oleh para gadis.. dak laki pon same.. nak tgk rmbut dorang maintain lagi ke tak..

Kenapa aku suka tengok tingkap??
sbb kalo tingkap tu kotor, nnti berdebu.. nnti ble berdebu, ada budak2 ske conteng.. bley tgk dorang lukis2.. kadang2 dorang tulis2 .. antara tulisan yang glamor seperti I LOVE U,  BODO, BUSUK n lain2 carutan la.. tu la slh satu cara dak2 ekspres prasaan dorang.. bagi penggemar karya seni n pendengar yang baik tentang luahan hati orang macam aku ni, mmg ske tgk tingkap sbb ni.. tingkap2 ni bley didapati di tingkap2 krete dan tingkap kelas di sekolah..

aku suke tgk tingkap.. korang plak bagaimana??
bagi penggemar tengok tingkap di luar sana...

Kenapa korang suka tengok tingkap??