cuba sebut "TAK "..

salam..

cuba baca tajuk di atas.. mmg r time baca entri ni korang sume bley cakap perkataan tak.. tapi bagi sesetengah orang, dia mmg ssh nak cakap TAK ketika situasi- situasi tertentu.. antara situasi- situasi yang menyukarkan penyebutan perkataan TAK keluar dari mulut adalah " boleh x tolong....", boleh x teman...", boleh tak buatkan.." dan lain2 lagi jenis permintaan.. kadang2 kte mmg tak mau buat tapi payah nak cakap TAK.. last2 kte buat gak.. stelah para penyelidik dari Tarkisdihamse Island ( bukan nama sebenar) membuat kajian, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca seseorang itu tak boleh  menyebut perkataan TAK..

korang sukar untuk berkata TAK ble....

a) simpati menguasai diri
korang ssh nak cakap TAK ble korang rse simpati kat orang tu.. korang x sampai ati ble dia buat mke ksian dia yang seposen tu.. tbe2 korang tringat kisah hidup dia yang ksian tu.. korang rse dia la orang paling kesian skali dalam dunia ni.. sebab tu korang x bley nak cakap TAK ble dia mintak tolong.. dan ini jugaklah sebab nape sesetengah korang x bley cakap TAK ble dia mintak kapel..

b) yang mintak tolong tu membe sendiri..
memang dalam hati kata TAK nak.. nak nyer kalo bende tu seakan menyusahkan korang..  karang tak tolong kang kata lupe kawan lak.. kang nanti dia mrajuk lak..paling trok kang dia repot kat kawan2 lain.. nti esok nyer sume kawan laen menjadi bisu bila korang bercakap dengan dorang.. kalo itu terjadi means korang da kne pulau.. so, nak x nak korang pon cakap boleh.. padahal dalam hati kutuk giler2 punyer.. macam aku x tau..

c) yang mintak tolong tu awek atau balak korang
dulu mse nak declare kan siap cakap lautan api sanggup diredahi.. onak duri kte tempuh bersama.. u jump i jump.. haa... amik ko.. skrang ni ble dia dah mintak tolong nak x nak kne r tolong gak.. demi cinta la katakan.. kalo x tolong karang kata dah x sayang.. u dah ada orang lain skang ni la...macam haram .. silap2 aribulan trus clash.. tapi aku nasihatkan korang mesti bertegas cakap TAK especially kalo pasangan korang mula menjurus kepada perkara 18SX..

d)yang mintak tolong tu mak korang
ni memang dah diajar sejak korang sume Taska Kemas lagi.. takpon mse korang skolah agama kecik2 dlu.. korang kne turut kehndak dorang kecuali kalo benda tu melanggar hukum syarak.. korang buat jela kalo dorang mintak tolong.. janganlah melawan.. akibat berkata TAK kepada mak korang boleh dilihat di drama2 di TV seperti Bahang Ravina, Akukah Tanggang??, Ihsan dan Malin Kundang.. memang balasan nyer tak yah tunggu kat neraka.. kat dunia pon kte dah dapat free2..

e) kepada rokok
yang ni khas untuk perokok tegar.. walaupon basicly dorang memang dah tahu rokok ni memang x baik untuk kesihatan tapi stil smoking.. dah belambak papan tanda say no smoking.. tapi bantai gak 7-8 batang satu hari.. gambo bayi cacat n sgala penyakit bergambar hodoh letak kat depan kotak rokok tu pon x jalan gak..bli gak sekotak dua.. harga rokok naik pon bedal gak.. niat nak membangunkan ekonomi negara.. wak lu.. kesimpulannya korang ni memang x leh nak cakap TAK pada rokok.. maybe korang kesian kat pakcik kedai runcit yang jual rokok tu ble korang tgk perniagaan dorang macam x laku atau nak jaga hati orang yang hulur rokok kat korang.. xpe2.. dimaafkan..

f) pelat huruf t
golongan ni ada tapi kes ni 1/10000 di kalangan masyarakat.. dorang actually nak sebut TAK.. tapi sebutan huruf "t" mereka kedengaran seperti "n".. oleh itu orang slalu ingat korang sebut NAK walaupon secara mental nyer korang nak sebut TAK.. sian kat korang..untuk golongan ni aku cadangkan korang luangkan mase untuk blajo bahasa isyarat.. ini bertujuan supaya orang dapat msej yang cuba disampaikan oleh anda.

g) bila dapat asignmen @ kerje skolah
ye.. ni memang cari bala la kalo korang cakap TAK ble lecture or cikgu korang bagi asignmen or kerja skolah.. korang mungkin akan dicop kurang hajar @ berdiri di atas kerusi @ dicubit di hadapan kelas@ dihantar ke bilik kaunselor.. tapi kalo pelajar U, takyah citer panjang r.. nescaya korang akan dapat paling baik pon C- untuk subjek tu ble korang tgk slip result exam nnti..n buat plajar U yang tgh buat tesis tu, kalo cakap TAK kat tesis, korang akan TAK graduate..

h) bila kne g meeting
kalo untuk golongan bekerje mmg meeting tu bende wajib la.. korang akan senang menyebut TAK nak pegi bila syarikat tu bapak korang punyer.. itupon balik kang kene bambu kat umah.. n bagi golongan pelajar jika korang berkata TAK pada meeting kolej @ persatuan, korang mungkin akan dibuang klab, @ mendapat surat amaran@ ditolak markah@ kehilangan kredit n berkemungkinan besar korang tak boleh duduk kolej lagi sem depan.. macam bangkai jer.. benci meting..

itulah antara sebab2 yang glamor nape orang ssh nak cakap TAK.. tapi kalo korang ada sebab lain yang ingin dikongsi bersama bley la kemukakan.. k guyz.. smoga berjumpa lagi di segmen akan datang.. slamat beramal..wslm

11 kritikan untuk post ini:

abe long said...

kalo tok essement..

aku boleh lg mengatakan tak..

coz aku tak penah ag wat essement

rokok tu.. aku mmg xisap pon

SlacKerZ said...

secara lumrah alam nyer abe long, memang kte masih brani mengatakan TAK pada asignmen kerana last minit nnti kte akan gunakan perkhidmatan copy n paste dari intenet.. itulah aku.. hehe.. tapi syabas aku ucapkan kat ko kerana bercakap TAK pada roko.. syabas inspektor sahab aku kasi sama ko.. clap2..

cikwanik said...

bile ko ajak aku g makan

aku ta boleh kata T.A.K.

~ نورحياتي ~ said...

nice entry!!

SlacKerZ said...

cikwanik, janganlah ko berkata TAK ble aku ajak makan atau karok.. nescaya aku pon x kan cakap TAK ble ko ajk g mne2.. hahaha

SlacKerZ said...

trima kasih cik hayati..

Anonymous said...

entri yang memang kne dgn diri saya.. hehe.. suke entri ni..

Jawa a.k.a USERMODE said...

aku TAK boleh cakap TAK kalo band ajak jamming. nanti kena marah. hahahah XD

dan TAK bole cakap TAK pada bos kalo client mintak something yang even almost impossible. so nak TAK nak, kena la juge buat walopon tak bole wat... main tipu pun bole sebab bos aku bodo skit. dia bukan tau. hahahah XD

NaqeebLukhman said...

im prefer to say nevermind....... heheheee

SlacKerZ said...

untuk si anonymous.. tq krn suke entry ni.. bnda2 di atas adlh kajian para epert.. sebab tu anda rse sume tu ada kaitan dngan anda:D

SlacKerZ said...

waaa. respek sme bro JAWA ni.. nnti nex time bley kte berkongsi idea cmne nak mengelat daripada kantoi dengan bos kte.. nice idea..