jangan jadi hakim..

salam..



aku baru je lepas tengaok wayang dengan wani, qilah, che n mira.. ktorang g tgk kat alamanda.. cite ADNAN SEMPIT.. ramai sangat da review citer tu.. tu yang aku gigih gak nak gi tgk tu.. aku rasa ramai kat cni da tgk da citer tu.. tapi aku nak gak bagi sdikit komen tentang citer ni.. citer ni sbnrnya tentang camne khidupan seorang mat rempit yang bekerja sebagai mat despech yang ada hati kat bos sendiri.. citer nyer bukan la nak citer tentang kehebatan seorang mat rempit membuat rempitan atau superman atau pacak.. tapi lebih kepada camne percintaan seorang mat rempit n seorang minah yang kaya lagi berpelajaran.. yup..  antara 2 darjat la konon nya.. bley tahan la citer ni.. sebab ada lawak2 sengal, ada Cat farish n angh raja lawak, along raja lawak pon bes gak.. aku bagi 3.75 dari lima bintang.. syabas betti..huk2

maybe korang rase citer ni simple tapi tu r sbenarnya real life.. pengajaran yang aku dapat dari citer ni jangan hakim buku dari kulit atau bahasa orang putihnyer, " dont judge a book by its cover.." dalam citer ni dorang nak tunjukkan cmne masyarakat still susah nak trima x-mat rempit yang sudah berubah.. asal orang tgk bwk moto laju, pakai slekeh, tuduh dia tu mat rempit selaku sampah masyarakat.. tapi aku tgk si adnan ni walaupon  x- mat rempit, tapi dia ada wawasan.. at least dia da brubah.. cari kerja, da stop race haram.. maybe dia join tgk race tapi at least dia brubah sikit demi skit.. ssh r kalo trus nak brubah 100%.. giler ape tu.. bagi aku, asal kan ada hati nak brubah n brubah skit demi skit itu da ckup baik .. sume orang patut dapat pluang kedua.. so pe kata stop hina dia sampah masyarakat tapi bagi sokongan supaya dia dapat kluar dari cara hidup dia.. aku rase orang yang nak berubah tu seorang yang ada wawasan n berganda kali better dari orang yang pandai mengutuk tapi x menyumbangkan ape pada negara.. menghabiskan beras je.. tak gitu??

actually bile aku pk2 balik, maybe ada kaitan gak dengan hidup aku.. bak kata si adnan sempit tu " muka gua brutal tapi dalam hati gua ada taman".. maybe korang tgk aku just budak slekeh lagi tak cun malah kadang2 kejam tapi hati aku masih lagi ada kelembutan ( geli lak.. haha).. maksud aku, aku ni xde r trok sgt.. n cerita ni juga bagi pengajaran kat aku jangan suka hati je nak judge orang.. stiap orang mne de perfect.. kita kne blajo trima orang baru orang bley trima kita..

k r guyz.. nnti aku review movie lain lak..
wslm..

sekolah ku..

salam..

sedar x sedar da 4 tahun da aku tinggalkan zaman sekolah menengah.. da lama da aku x pakai baju uniform sekolah.. hehe..aritu aku pegi skolah lama aku.. kat serting, negeri 9.. aku lawat skolah lama aku pon sebab nak amik result spm.. truk kan aku.. amik spm 2005 tapi skang baru terhegeh-hegeh nak amik result.. bese la.. bukan lupa daratan tapi da blajar kat UK.. susah la nak g amik result tu.. tapi aku pegi kjap je sebab dengan bapak aku bukan dengan kawan2.. so x leh la aku nak g geweh2 kat depan junior ataupon g melawat guru2 di blik guru.. tapi skola tu pon da nampak lain da.. nampak lawa.. mungkin sebab da tukar pengetua.. pengetua skolah aku dulu kedekut..

untuk pengetahuan korang pada mulanya aku x suke blaja kat skolah ni.. aku masuk skolah ni time aku form 4.. sebelum tu aku skolah kat perak.. aku sayang giler kat skolah perak aku tu.. sedikit sebanyak aku menghabiskan sisa hidup aku kat skolah ni dengan meng"compare" skolah lama dengan skolah ni.. memang jauh beza nyer.. tapi skang aku da sedar.. walaupon skolah kat perak tu best sebab skolah baru, tapi sekolah aku yang ni best sebab aku jumpa membe2 yang satu kepala yang turut same2 membantu aku untuk survive kat skolah ni.. pengalaman kat skolah ni sangat best.. kre nyer ada hikmah gak aku tukar skola..

banyak memori aku kat skolah ni sebab kat skolah ni la aku jadi budak yang jahat tapi berwawasan.. kat sini aku blaja pe tu tahan lasak, menjadi seorang pelakon yang berjaya, macam mana nak survive kat dunia realiti, blajo bergadoh.. tapi yang paling penting pe tu setiakawan.. batch aku antara batch yang x disukai oleh cikgu.. so kami kene sokong antara satu sama lain untuk trus maintain blajo kat cni.. antara sejarah2 yang pernah aku catitkan di sekolah ini ialah dikejar mak guard sebab fly kluar, ponteng prep, ponteng riadah, curi tgk tv, pecah masuk bilik mak guard, tangkap kucing n arnab cikgu displin dan gadoh dengan budak2 form 4..

setelah korang dengar cite di atas mesti korang ingat aku ni plaja trok.. sebenarnya aku xde la trok sangat. . ramai x tau pasal geng aku.. dorang just anggap kami ni plaja2 normal yang lain.. ini kerana muka kami yang baik dan kebolehan kami brlakon watak yang tak bersalah..lagipon kami tergolong dalam kelas budak2 yang sdikit up dari segi pelajaran.. itu orang ingt kami plajar yang tidak bermasalah.. bley kata ramai gak tertipu ..x kisah r tu sume.. benda tu sume da berlalu.. untuk adik2 di luar sana yang masih bersekolah, hargailah zaman skolah anda skang ni.. walaupon skang anda merungut kne iron bju skolah, tak pon malas nak buat tutorial, tapi satu hari nanti korang akan rase tu r zaman2 yang best korang lalui..

adios..


cuba korang cari mane aku.. hehe



normal ke sensitif??

salam..

pernah x korang borak dengan member korang pastu tibe2 tengah syok borak tu korang rse hendak memberhentikan perbualan kerana ayat kawan korang tu? yup.. ayat yang dia rase sebenarnya gurauan yang best tapi bagi korang seperti ejekan menganjing yang pedas.. tbe2 lepas dengar dia bergurau macam tu korang rse macam malas lak nak bercakap dengan dia.. pernah x??

aku rase bende2 macam ni of course r pernah terjadi.. yela.. kadang2 kita x sedar gurauan yang kita cakap tu sebenarnya ayat - ayat celaka kepada individu yang lain..( bm sungguh ayat aku ni..).. aku ada r borak dengan membe aku sorang ni.. bese r.. da membe.. mstilah ada masuk unsur2 gurauan.. tbe2 dia leh wat lawak lak.. " ko tu bukan nyer cun pon".. aku gelak je r.. aku anggap je lawak.. lagipon kalo btul pon, aku x kisah.. memang r aku ni bukan jenis cun ni.. aku mengaku.. borak2 punyer borak tbe2 dia cakap "bukan ada laki nak ngorat ko pon".. mula r kuar gelak pahit aku.. tbe2 aku rase malas lak nak borak dengan dia.. tbe2 mula aku rase nak chow g basuh baju ke.. pegi bagi kucing makan ke.. malas lak aku nak borak dengan dia..

korang rase aku ni sensitif ke?? bley terasa sebab benda2 macam tu.. maybe sebab kondisi aku yang sekarang ni.. lbih2 lak aku ada masalah dengan si bongok .. menyebabkan aku kcik ati dengar dia cakap macam tu.. masalah nyer dua kali aku dengar ayat- ayat ni .. perlu ke mengulang lawak busuk macam tu.. mula2 aku dengar macam klakar.. ble second time aku rasa ati aku macam kene heret kat jalan tar.. ble dia ulang lagi lawak macam tu, aku lak rase nak heret dia kat jalan tar.. korang rse adakah ini reaksi yang normal atau aku telah bertukar menjadi gadis yang sensitif??

aku harap lepas ni setiap individu sedar akan lawak yang dia nak guna untuk membe2.. untuk member aku yang spesial ni, aku harap dia pon sdar diri  sebab dia tu xde lawa tahap lisa suryani.. so jaga2 r mulut tu.. biar muka x cun, jangan mulut macam bangkai..

p/s: sori penggunaan ayat kasar..

kata mereka..

salam..
mengenai hal aku nak melibatkan diri dalam hal- hal gitar telah ku tanya kan kepada ahli keluarga.. yelah.. saje je nak tau pe mereka kata.. di sini adalah pendapat mereka bila aku tnya aku nak blajar main gitar...

AYAH
 aku: nak bli gitar bley x?
  ayah: xyah.. amik je gitar ayah kat umah nenek..
  aku: x mau r.. ada ke.. tah2 da kne mkan dengan anai2..x nampak pon ble dtg umah nenek..
  ayah: wat pe nak bli gitar?
  aku: nak blajar main la.. bley bawak g mane2.. bley jd  hobi..bli pon gne duit sendiri
  ayah: xyah la blaja main gitar.. blaja la main piano..
  monolog aku dalam ati: piano tu da la mahal.. berat lak tu nak angkut.. sah2 
                                      lepas ni aku dapat potensi osteoporosis


IBU:
  aku: nak bli gitar
  ibu: nak watpe??
  aku: nak blajo la.. bley gak la buat hobi..isi mase lapang..
  ibu: kalo macam tu pe kata plih hobi lain.. masak ke.. menjahit ke.. jadi pompuan skit...
  monolog aku dalam ati: amik ko.. kan da kena slot gadis melayu dengan ibu.. 
                                     asal la aku g tnya td..
 
ADIK- BERADIK
  aku: nak blajo main gitar ni.. ok x??
  dorang: ok2.. ok sangat r tu..
  aku: tu r.. nak bli tapi ayah macam berat je..cmne ek??
  dorang: bli je.. gne duit ko gak.. lgpon ktorang nak tumpang sekaki ni.. kalo ko da x nak main
              bley ktorang rembat gitar tu..
  monolog aku dalam ati: pulak  dah..

Hmm... ni membuatkan aku berpikir lagi skali.. pe lak pendapat korang??
 

my first fieldwork...

salam..


cite pasal fieldwork ni patut aku cite dari minggu lepas lagi.. ye la aku pegi mase new year aritu.. tapi sebab aku penat mase bru balik, aku malas nak tulis pasal fieldwork aritu.. untuk pengetahuan korang ni first time aku gi fielwork.. pelikkan dah tiga tahun blajo kat u baru first time.. tapi xpe la.. ada la gak pengalamannyer.. fieldwork ni kat area pantai remis, perak..krew2 yang join: aku, mira, wani, encik tazidi ( lab assistant) n pakcik pendiam( driver ukm)..


kesimpulannya fieldwork ni indah, blurr, panas, klakar  dan penat.. sebaik pegi 2 hari satu malam je.. kalo 4 hari.. surrender aku.. meh cni aku nak tunjuk kat korang kawasan kajian aku ni.....













bley tahan r tempat ni... antara benda yang ku rasekan pelik berlaku semasa fieldwork ni ialah:


1) aku bukan pelajar
yup.. selama ini aku ingat aku pelajar.. rupanyer bukan.. hal ini telah disahkan oleh seorang pakcik cina ni.. mase tu tengah break.. memang penat r wa cakap lu.. dah la panas.. kami pon duduk kat satu kerusi papan panjang bawah pokok.. dekat2 dengan aku tu ada tong tutup biru.. ye la tempat aku letak spesimen.. time tu lak agaknyer musim lalat kot.. lalat memang banyak r kat area ktorang duk tu.. tbe2 ada satu kereta ni  lalu depan ktorang pastu pakcik cina tu melaung ke arah kami.." ikan ada?? ikan ada??" baru ku sedar.. ku bukan pelajar.. ku hanya penjual ikan.. huhu..


2)aku naik kuda
on da way tu, kuda yang kami naiki ni memang laju.. laju abis.. mira di sebelah ku melambung2.. encik tazidi di hadapan ku beberapa kali terantuk.. tbe2 baru aku sdar.. aku bukan naik kuda.. aku berada di dalam ford everest UKM yang dibawa oleh pakcik driver pendiam dengan kelajuan 140km/j.. memang laju sei pakcik ni bawak..


3) tazidi sebenar nya muda
sepanjang aku kenal encik tazidi ni kat lab, nampak seorang dewasa yang matang.. tapi kantoi bila dia join krew fieldwork kami.. dia bley cakap chayok2 kat ktorang.. mesej "pat2" bila suruh ktorang cepat.. n kutuk pakcik driver cakap bahasa short form bila dia x pham pakcik tu cakap pe.. bagi seorang berumur 30an aku rase bende ni x seswai dengan watak dia.. ke sebenarnye dia baru 20 an.. x mungkin lak..tapi aku nak ucap thanx kat dia sebab dia blanje ktorg sepanjang fieldwork ni.. thanx encik tazidi :D


4)xde peruntukan
aku pon pelik.. nape pelajar x diberi peruntukan untuk wat tesis.. kami yang serba x berduit ni terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk penginapan.. tapi untuk encik tazidi n driver ada lak elaun.. aisehh..sebaik 70 rggit satu malam .. kongsi 3 org adalah 23 ringgit sorang.. boleh la.. blik dia pon boleh tahan...


anyway, walaupon penat+ byk pelik2 berlaku kat ktorang.. tapi g fieldwork ni memang best... tapi lepas fieldwork ni aku kne la stay kat lab tu nak uruskan sampel2 ni.. haishhh.. leceh2...