hampir diinterview lalu hampir ditipu??

salam..

ni ada cite fresh yang aku nak cite kat korang sume.. yela.. da alang2 dapat online ni.. trus la aku amik pluang ni nak update blog.. cite ni seyes fresh.. tahap baru petik dari ladang punyer laa..

fresh graduate macam aku ni memang desperate la nak cari keje kan.. baru2 ni aku sangat giih membuka laman web kerja kosong seperti jobstreet dan seangkatan dengannya.. setelah 4 interview aku tak pegi kerana masalah2 kronik, aku sangat gembira kerana di"call"oleh sebuah syarikat yang kata ada baca resume yang aku hantar kat Jobstreet dan diberitahu ada interviw ari isnin ni iaitu sok, 20hb september..

ayah aku suh siasat btul2 tentang syarikat ni dan Allhamdullilah kerana aku mendengar nasihat ayah aku.. aku cari kat internet tak jumpa.. plik kalo syarikat yang dikatakan worldwide takde syarikat laman web sendiri. skali aku search aku terbaca kat satu forum tentang syarikat ni.. kalo korang nak baca leh pegi kat link:


aku pon decide tak pegi interview untuk esk.. pe pulak pendapat korang kalo korang ditempat aku?


notis..

slam semua..

sori semua kerana sudah lama tidak mengupdatekan diri.. sjak tamat pelajaran di ukm ni.. macam2 masalah yang timbul untuk mengonline kan diri.. termasuk la line intenet yang macam chipsmore.. kalo ada pon lembapnyer seumpama siput..tapi tu sume tak bikin gua panas.. yang menjadikan gua geram sebab laptop gua telah dikibau oleh abg gua.. so, sukarlah bagi aku untuk menggunakan laptop sendiri..

tapi pape pon aku nak jugak mengupdate blog ini kerana telah mendapat mesej2 ingin mendapat  maklumat terbaru tentang aku skang ni.. well... orang takde facebook kan.. susah orang nak tau perkembangan diri..

anyway, thanx kepada follower2 yang setia tersebut...(^^)




HakiKat SeBuaH HakiKat

Selalu dengar pasal Hakikat??
Dalam drama-drama melayu pon sering dengar dorang cakap pasal hakikat
Kita jarang sedar tentang sesebuah hakikat
kadang-kadang kita sedar tapi cuba berpura-pura tak sedar..

hakikat itu selalu berada di sebalik kejadian atau peristiwa
hakikat kadang-kadang menggembirakan
kadang-kadang tu pedih..

tapi hakikat takkan sesekali berubah
namun kita yang perlu berubah untuk menerima sebuah hakikat..

itulah hakikat sebuah hakikat..

p/s: hakikatnyer encik bongok mesti dilupakan

hentikan diskriminasi!!

salam

aku x tau la nape..
smalam aku telah didiskriminasi dgn truk skali.. seyes rse mcm nak jrit kuat2 kat ctu.. aku telah didiskriminasi kerana kau seorang budak perempuan yang muda.. x bley blah.. didiskriminasi sebab muda tu aku bley trima lagi laa.. xde la mkn hati sgt pon.. tapi ble didiskriminasi kerana aku seorang perempuan tu aku sdikit bengang la gak.. sbb aku rse "beliau" bkn saje mngutuk aku bahkan semua kaum wanita.. sesuka ati "beliau" je..

SITUASI 1

Perempuan ni kalo bawak kete suka bazir minyak petrol.. sbb dorang asyik pakai aircon

WTH kata pompuan gtu.. aku rse bab ni mne bley trus tuduh pompuan.. aku rse tu depend kat individu la.. dak laki pon bwk kete pakai aircon gak pe.. separuh org pk mungkin x pakai aircon bley jimatkan petrol.. tapi separuh org yang pakai aircon tu mungkin pk nak elak pencemaran udara kat luar tu.. ni siap bley tambah2 lagi kata budak pompuan bazir petrol pakai aircon sebab nak jaga makeup n bulu mata palsu.. x bley blah.. rse nak baling kasut..

SITUASI 2

Budak laki dah tau dah semua bahagian enjin.. budak pompuan ni je yang x tau pape

Perghh.. "beliau" cakap depan2 aku lak tu.. aku pon xdelah x tau langsung.. tau la gak skit2.. slalu tgk bapak aku repair kete..padahal budak laki sebelah aku tu siap tnya aku bateri ada brapa jenis sebab dia x tau.. tapi orang akan ingt dia tu msti tau sbb dia dak laki.. ini TIDAK ADIL

SITUASI 3

Pompuan pandai bazir duit n kedekut

Ish3... memang mintak pelempangkan ble dngar bnda ni.. "beliau" kata perempuan slalu bli spare part  kereta murahan sbb duit tu dia nak guna shopping bli baju, kasut n bla bla bla.. sesedap oren je "beliau" ni.. pasal spare part kete tu pon nak salahkan orang pompuan.. dah orang tu tak mampu, dia bli je la yang murah.. takkan la nak ikat perot sume tu sebab nak bli spare part original.. tak paham tol laa..


Secara umum nyer la kan, korang rase btulkah pendapat "beliau" tu??

p/s: nape orang ingat aku dak SPM... aku da 20-an la...

oiitt orang keramat..

salam
arini aku pegi jemputan orang kawen.. yang kawen tu jiran lama aku masa aku dok Keramat dlu.. sonok r gak.. sebab da lama gak r aku tak jumpa orang Keramat ni.. aku dok Keramat sejak umur aku enam tahun sampai la aku form 3.. kira 10 tahun la gak..di samping majlis ni majlis perkahwinan, ia gak da jadi macam reunion bagi ktorang satu kejiranan..

pengantin baru

bekas makcik jiran sebelah ( mak pengantin)


 Banyak gak benda yang best sepanjang aku hidup kat Keramat ni.. kadang2 aku lupa yang aku dah bukan warga Keramat lagi da.. da lama kot aku dok ctu.. memang da sebati dengan kehidupan di sana.. antara benda2 pelik lagi ekstrim berlaku mse aku jadi warga Keramat dlu seperti....


a) Saje buat2 tertinggal bas mse nak balik dari sekolah agama sebab nak jalan kaki lalu depan kubur ( geng2 takde keje yang slalu cari nahas)


b) naik basikal tak ingat dunia sehingga eksiden dengan teruk..  pernah juga melanggar pasu cikgu aku sampai pecah pastu blah macam tu je (sori cikgu ^-^')


c) kejadian rumah sebelah aku terbakar sebab anak dia bakar tilam dalam bilik


d) menjadi saksi pergaduhan hebat jiran aku depan rumah ( gadoh suami isteri)


e) melepak di kedai runcit sehingga tak ingat dunia sehingga terpaksa dipanggil balik


banyak lagi lah.. tapi ada yang terpaksa dirahsiakan habis aku kne blasah kalo aku citer sumer.. jadi tu sume kenangan la.. ble jumpa balik orang2 Keramat tadi, aku teringat balik memori aku dok sana.. tbe2 rse sekejap mse berlaku.. tbe2 aku da membesar dan meninggalkan sume tu .. kte melalui rutin harian kte setiap hari tanpa menyedari mase dah berlalu dan persekitaran kte juga dah berubah...


papepon, selamat pengantin baru Firdaus ( bkas jiran sebelah umah) dan ziana.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat