Showing posts with label sindrom. Show all posts
Showing posts with label sindrom. Show all posts

cuba sebut "TAK "..

salam..

cuba baca tajuk di atas.. mmg r time baca entri ni korang sume bley cakap perkataan tak.. tapi bagi sesetengah orang, dia mmg ssh nak cakap TAK ketika situasi- situasi tertentu.. antara situasi- situasi yang menyukarkan penyebutan perkataan TAK keluar dari mulut adalah " boleh x tolong....", boleh x teman...", boleh tak buatkan.." dan lain2 lagi jenis permintaan.. kadang2 kte mmg tak mau buat tapi payah nak cakap TAK.. last2 kte buat gak.. stelah para penyelidik dari Tarkisdihamse Island ( bukan nama sebenar) membuat kajian, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca seseorang itu tak boleh  menyebut perkataan TAK..

korang sukar untuk berkata TAK ble....

a) simpati menguasai diri
korang ssh nak cakap TAK ble korang rse simpati kat orang tu.. korang x sampai ati ble dia buat mke ksian dia yang seposen tu.. tbe2 korang tringat kisah hidup dia yang ksian tu.. korang rse dia la orang paling kesian skali dalam dunia ni.. sebab tu korang x bley nak cakap TAK ble dia mintak tolong.. dan ini jugaklah sebab nape sesetengah korang x bley cakap TAK ble dia mintak kapel..

b) yang mintak tolong tu membe sendiri..
memang dalam hati kata TAK nak.. nak nyer kalo bende tu seakan menyusahkan korang..  karang tak tolong kang kata lupe kawan lak.. kang nanti dia mrajuk lak..paling trok kang dia repot kat kawan2 lain.. nti esok nyer sume kawan laen menjadi bisu bila korang bercakap dengan dorang.. kalo itu terjadi means korang da kne pulau.. so, nak x nak korang pon cakap boleh.. padahal dalam hati kutuk giler2 punyer.. macam aku x tau..

c) yang mintak tolong tu awek atau balak korang
dulu mse nak declare kan siap cakap lautan api sanggup diredahi.. onak duri kte tempuh bersama.. u jump i jump.. haa... amik ko.. skrang ni ble dia dah mintak tolong nak x nak kne r tolong gak.. demi cinta la katakan.. kalo x tolong karang kata dah x sayang.. u dah ada orang lain skang ni la...macam haram .. silap2 aribulan trus clash.. tapi aku nasihatkan korang mesti bertegas cakap TAK especially kalo pasangan korang mula menjurus kepada perkara 18SX..

d)yang mintak tolong tu mak korang
ni memang dah diajar sejak korang sume Taska Kemas lagi.. takpon mse korang skolah agama kecik2 dlu.. korang kne turut kehndak dorang kecuali kalo benda tu melanggar hukum syarak.. korang buat jela kalo dorang mintak tolong.. janganlah melawan.. akibat berkata TAK kepada mak korang boleh dilihat di drama2 di TV seperti Bahang Ravina, Akukah Tanggang??, Ihsan dan Malin Kundang.. memang balasan nyer tak yah tunggu kat neraka.. kat dunia pon kte dah dapat free2..

e) kepada rokok
yang ni khas untuk perokok tegar.. walaupon basicly dorang memang dah tahu rokok ni memang x baik untuk kesihatan tapi stil smoking.. dah belambak papan tanda say no smoking.. tapi bantai gak 7-8 batang satu hari.. gambo bayi cacat n sgala penyakit bergambar hodoh letak kat depan kotak rokok tu pon x jalan gak..bli gak sekotak dua.. harga rokok naik pon bedal gak.. niat nak membangunkan ekonomi negara.. wak lu.. kesimpulannya korang ni memang x leh nak cakap TAK pada rokok.. maybe korang kesian kat pakcik kedai runcit yang jual rokok tu ble korang tgk perniagaan dorang macam x laku atau nak jaga hati orang yang hulur rokok kat korang.. xpe2.. dimaafkan..

f) pelat huruf t
golongan ni ada tapi kes ni 1/10000 di kalangan masyarakat.. dorang actually nak sebut TAK.. tapi sebutan huruf "t" mereka kedengaran seperti "n".. oleh itu orang slalu ingat korang sebut NAK walaupon secara mental nyer korang nak sebut TAK.. sian kat korang..untuk golongan ni aku cadangkan korang luangkan mase untuk blajo bahasa isyarat.. ini bertujuan supaya orang dapat msej yang cuba disampaikan oleh anda.

g) bila dapat asignmen @ kerje skolah
ye.. ni memang cari bala la kalo korang cakap TAK ble lecture or cikgu korang bagi asignmen or kerja skolah.. korang mungkin akan dicop kurang hajar @ berdiri di atas kerusi @ dicubit di hadapan kelas@ dihantar ke bilik kaunselor.. tapi kalo pelajar U, takyah citer panjang r.. nescaya korang akan dapat paling baik pon C- untuk subjek tu ble korang tgk slip result exam nnti..n buat plajar U yang tgh buat tesis tu, kalo cakap TAK kat tesis, korang akan TAK graduate..

h) bila kne g meeting
kalo untuk golongan bekerje mmg meeting tu bende wajib la.. korang akan senang menyebut TAK nak pegi bila syarikat tu bapak korang punyer.. itupon balik kang kene bambu kat umah.. n bagi golongan pelajar jika korang berkata TAK pada meeting kolej @ persatuan, korang mungkin akan dibuang klab, @ mendapat surat amaran@ ditolak markah@ kehilangan kredit n berkemungkinan besar korang tak boleh duduk kolej lagi sem depan.. macam bangkai jer.. benci meting..

itulah antara sebab2 yang glamor nape orang ssh nak cakap TAK.. tapi kalo korang ada sebab lain yang ingin dikongsi bersama bley la kemukakan.. k guyz.. smoga berjumpa lagi di segmen akan datang.. slamat beramal..wslm

AdDicTed..

salam..

baru- baru ni aku perasaan.. ada satu benda da berubah dalam diri aku.. benda yang x bes lak tu.. aku jadi ketagih.. ssh lak tu nak stop.. mula2 memang ada hati nak berubah.. nak stop addict benda ni.. tapi ada lak membe yang layan aku.. lagi r susah nak stop.. las skali memang da addict secara berterusan..adoiii.. leceh tul la..

aku bukan la ketagih benda mrepek2..cume skang aku addicted kluar jalan2.. memang hidup sehari aku rase x mau dok kat u.. setiap hari aku kluar jalan kat luar.. dlu xdela trok sangat mcm ni.. ada brape hari tertentu je r aku kluar.. ini bley mati kutu aku dok dalam bilik.. aku rase hidup aku xde makna..mula kaki aku kne gatal2.. otak aku mula stop berpikir.. ble kluar je, baru aku rse segala penyakit tu hilang..camtu skali effek dia.. adeh.. ni sume bermula sejak ari sabtu lepas lagi...

sabtu lepas: g masjid india
ahad lepas: g mines
isnin: g tgk wayang karoke kat alamanda
selasa: g jusco blakong
rabu: g lepak azura smpai pagi
khamis: g lepak metro kajang
esok: tgk wayang

hmmm.. yang leceh nyer satu je r.. kalo lepak, tgk wayang n karoke sume ni x gune duit xpe gak..ni duit asyik kuar je..nak2 nyer aku ni pompuan.. pantang la pulak tgk perkataan "SALE".. mula la menyinggah, melencong, lalu membelek2 beg2, baju2 n kasut2 yang terdapat di kedai tersebut.. walaupon korang tgk aku ni semacam ganas, tapi x leh lari gak dengan benda2 tu sume.. mule r rse nak tinggal dalam shopping kompleks..  kalo bpak aku tokey balak xpe r gak..ada r maaf nyer.. ni silap2 las2 sem nnti mula la aku memperbanyakkan amalan pose sunat dan membeli stok maggi berkotak-kotak.. so, tu yang aku terpaksa gak tanam je la hasrat membeli brg2 tu sume...

aku ase ble karoke tu, sgala tension tesis n asignmen aku hilang di mata, jauh di hati.. mid sem da dekat.. lab tesis x siap2.. asigmen da bertimbun lagi tertunggak kat dalam fail.. tapi aku ni dok kluar je keje nyer..huh.. camne ni guyz?? korang ada x petua2 bernas lagi mujarab untuk penyakit aku ni.. haih...

tolongla (-.-)"

satu sindrom..

salam..


dalam hidup ni mesti kita diberi banyak pilihan.. ye r.. bagi membuatkan hidup ni sdikit mencabar n sdikit pening.. kalo x, x adveture r.. bagi setengah benda, mmg r ssh kita nak decide mana satu yang kita nak pilih.. lebih2 lagi kalo benda tu berkait dengan hidup n mati serta satu peluang yang ssh nak dapat dalam hidup ni.. contoh situasi nyer macam kalo dean supernatural tu ajak date, nak terima ke x nak.. atau tiba2 DJ Nas-T ajak aku hang out sekali kat the Curve, nak join ke x??.( actually situasi2 di atas memang xkan terjadi dalam hidup aku.. saje je nak berangan kat dalam blog ni.. ble lagi.. hehehe)


yang menjadi masalah adalah aku seorang budak yang mengalami satu sindrom yang menjejaskan diri aku gak r.. sebenarnya kebanyakkan gadis mengalami masalah ni.. nama pemyakit ni SGBK.. dari bahasa saintifiknya kte panggil Sindrom Gagal Buat Keputusan..separuh orang mungkin mengalami masalah dalam buat keputusan serius dalam kehidupan.. tapi aku, benda simple pon gagal.. nak makan pon pikir banyak kali.. nak pegi kelas pon masalah..ini terjadi apabila kita banyak sangat pikir side effect keputusan kita ni dan kita terlalu menjaga hati orang.. tkot gak pilihan yang kita buat tu membuatkan orang lain sakit hati dengan kita.. oleh itu aku memang tabik tahap kapten kat golongan yang dapat buat satu keputusan dengan tenang.. memang korang ni cool abis r gua cakap lu..


tapi baru- baru ni aku telah membuat satu kesalahan besar dalam hidup aku.. aku bukan gagal buat pilihan untuk diri aku.. tapi kawan baik aku..aku telah buat pilihan bagi pihak kawan aku.. dan pilihan itu telah menjejaskan hidup dia.. adoii... aku memang mintak maap kat ko beb.. kalo aku tahu bende ni jadi, aku takkan masuk campor.. aku harap dia paham yang aku x tau pengakhirannya dia trok macam ni.. kalo aku ada kuasa psikik boleh tengok masa depan atau aku dapat pinjam pintu masa depan doraemon tu, dah lama dah aku halang dia .. aku mintak maap sangat bagi sesiapa yang berkenaan tu.. andai dapat ku undur masa macam lagu kump. A.X.L tu.. tapi x dapat.. pe yang aku mampu buat sebagai seorang yang lemah.. aku memang malu nak ngadap muka dia lepas ni.. peristiwa ni membuatkan aku rasa aku x mau bagi pandangan dalam keputusan seseorang lagi... pe korang rase tentang perbuatan aku ni??