Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

oiitt orang keramat..

salam
arini aku pegi jemputan orang kawen.. yang kawen tu jiran lama aku masa aku dok Keramat dlu.. sonok r gak.. sebab da lama gak r aku tak jumpa orang Keramat ni.. aku dok Keramat sejak umur aku enam tahun sampai la aku form 3.. kira 10 tahun la gak..di samping majlis ni majlis perkahwinan, ia gak da jadi macam reunion bagi ktorang satu kejiranan..

pengantin baru

bekas makcik jiran sebelah ( mak pengantin)


 Banyak gak benda yang best sepanjang aku hidup kat Keramat ni.. kadang2 aku lupa yang aku dah bukan warga Keramat lagi da.. da lama kot aku dok ctu.. memang da sebati dengan kehidupan di sana.. antara benda2 pelik lagi ekstrim berlaku mse aku jadi warga Keramat dlu seperti....


a) Saje buat2 tertinggal bas mse nak balik dari sekolah agama sebab nak jalan kaki lalu depan kubur ( geng2 takde keje yang slalu cari nahas)


b) naik basikal tak ingat dunia sehingga eksiden dengan teruk..  pernah juga melanggar pasu cikgu aku sampai pecah pastu blah macam tu je (sori cikgu ^-^')


c) kejadian rumah sebelah aku terbakar sebab anak dia bakar tilam dalam bilik


d) menjadi saksi pergaduhan hebat jiran aku depan rumah ( gadoh suami isteri)


e) melepak di kedai runcit sehingga tak ingat dunia sehingga terpaksa dipanggil balik


banyak lagi lah.. tapi ada yang terpaksa dirahsiakan habis aku kne blasah kalo aku citer sumer.. jadi tu sume kenangan la.. ble jumpa balik orang2 Keramat tadi, aku teringat balik memori aku dok sana.. tbe2 rse sekejap mse berlaku.. tbe2 aku da membesar dan meninggalkan sume tu .. kte melalui rutin harian kte setiap hari tanpa menyedari mase dah berlalu dan persekitaran kte juga dah berubah...


papepon, selamat pengantin baru Firdaus ( bkas jiran sebelah umah) dan ziana.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat

bley Ke beLiau??

kisah ni bermula tahun lepas x salah aku
ye..
mse tu aku, bro n adik aku tgh tgk Raja Lawak..
Aku ni peminat Sepah
mse tu turn Sepah
xcited r aku nak tgk
Ingat tak ada satu episod tema Filem
Sepah wat konsep cite Rock, Pontianak Harum Sundal Malam
cuba tekan di sini untuk tgk cite minggu ke-5 tu
part di mana mamat ni peminat jeff
dia tnya jeff
"bang, pe lagu terbaru abang?"
"bila izrail datang memanggil"
kami bertiga pon ketawa berdekah2

tbe2 tgh bergelak ketawa tu
aku tnya adik aku ni yang juga sedang ketawa
"weh, paham x lawak dia ni?"
"paham la sebab tu gelak.."

aku pon tnya soalan bonus kat dia
" izrail tu sape ek?"
"hhmmm... izrail tu bkn yang serang palestin tu ke?"

aku dgn bro aku terdiam
pastu kami pon berguling2 gelak
rupanyer adik aku ni lagi klako dari sepah

p/s: izrail tu merupakan malaikat pencabut nyawa .. yang menyerang palestin ialah israel... adik aku ni skolah agama smpai darjah dua je pastu berenti.. tapi baru2 ni dia kemukakan hasrat beliau untuk join sekolah tahfiz.. bley ke beliau?? aku mula risau...

miss her.. hoho

meNgimbau..

Salam..

tbe2 title entry kali ni mengimbau.. mngimbau pe?? haa... hari ni jatuh tanggal 12 rabiulawal.. n seluruh umat islam akan meraikan hari kelahiran nabi junjungan tercinta iaitu Nabi Muhammad S.A.W ( walaupon ada gak wujud golongan yang lupa bila sebenar nyer maulidurrasul).. seperti blogger2 yang lain aku x terlepas gak nak wat entry pasal maulidur rasul ni.. Oleh kerana menghormati hari yang mulia ni, entri kali ni akan lebih sopan n akan menggunakan ganti nama" saya' dan cbe mgurangkan sebarang bahasa berunsur carutan..

ye anak2.. segmen mengimbau kali ini akan mengimbau kembali ke zaman sekolah iaitu semasa saya masih kecil ye.. di mana saya menyambut maulidurrasul.. terdapat beberapa event yang glamor demi menyambut hari yang mulia ini... antara event2 nyer ialah....

a)pertandingan reka sepanduk..
ye.. pertandingan ini akan disertai oleh setiap klas.. masing2 akan mendapat kain putih dan dikehendaki menulis ayat2 berbentuk selawat dan segala pujian ke atas Rasullulah.. kadang2 dia da bagi tema siap2.. yang penting kne letak nme klas kita kat ctu.. permarkahan diberikan berdasarkan sepanduk yang cantik, kekemasan, pewarnaan yang jelas dan menarik dan paling penting tulisan khat tercantik.. dan semesti nyer watak saya bukan la yang menulis kerana tulisan jawi saya senget.. watak saya tukang bagi sokongan kat kawan2.." cantik la korang buat"..tu la dialog saya..

b) pertandingan perarakan..
kalo da ada pertandingan sepanduk mestilah diikuti dengan pertandingan perarakan.. kami perlu berarak mengikut jalan yang telah ditetapkan.. kadang2 keliling skolah je.. tapi lalu la gak kat area2 kawasan perumahan.. masa tu, kawan2 n saya akan pakai baju warna sama.. seronok..markah dibrikan berdasarkan bacaan selawat kuat ke x, keseragaman.. masa berarak kne la bawak sepanduk yang kte da wat tu.. mse mula2 berarak tu sume baca selawat kuat2.. beselah xcited.. tapi ble da tgh jalan sume da terdiam.. penat da berarak..huhu

c)pertandingan nasyid
yup.. pertandingan ni mmg glamor pe bila ia melibatkan sambutan perayaan dan event berbentuk keagamaan.. saya pon tak terkecuali untuk join group nasyid kelas saya.. antara lagu2 nasyid yang glamor seperti Sepohon Kayu, Rasullulah n lagu2 kumpulan Raihan .. ada satu lagu tu saya suka dengar time maulidurrasul.. tapi x ingat tajuk n kumpulan yang nyanyi dia.. bes tau lagu tu.. lirik dia pon bes
  
    tercipta satu lembaran sejarah
    di tanah suci kota mekah
    hari yang mulia
    penuh saadah
    tesebut lah sebuah kisah
    malam isnin subuh yang indah 
    12 rabiulawal yang cerah
    20 april tahun gajah
     lahirlah  zuriat....
lagu ni da x ingat sgt la.. sape tau lagu ni?? saya penah jadi vocalis sampingan.. di mana saya kena nyayi satu rangkap je.. n pada mse yang sme group saya kalah.. trus saya fobia sampai skrang untuk mewakili mne2 group nasyid..

d) syarahan @ ceramah
ini memang biasa..  sekolah akan jemput penceramah.. kadang2 orang luar.. kadang2 ustaz atau ustazah sekolah tu je.. ceramah yang selalu diberikan adalah berkaitan dengan kelahiran rasulullah, sikap baginda, amalan baginda, sahabat baginda dan sebagainya.. mse time2 ni ramai yang tertunduk.. insaf dan kagum dengar kisah hidup nabi n kemulian baginda.. tapi ada gak murid2 yang tunduk bukan sebab insaf.. tapi sebab tertido.. sebab tak ckup tido sebab dorang stay up main game boy malam tadi.. x baik btul.. kalo sape bercakap time ceramah ni, nnti ada pengawas kat tepi2 dewan tu catat nama.. tapi kalo sesama pengawas borak tak catat lak nama pengawas2 tu.. hmmm

e) makan free
ye.. semena hari yang mulia ni, skolah akan cuba membuat amal kepada murid2.. saya dapat makanan percuma.. kadang2 mihun, kadang2 nasi lemak, kadang2 nasi goreng n kadang2 bubur asyura..nnti duit blanje yang mak kasi bley simpan.. hehe.. sronok2

tulah serba skit yang dapat saya ceritakan time sambutan maulidurrasul mse saya kecik2.. saya x tau la skrang cmne dorang sambut kat skolah2.. mungkin da x same kot macam saya dulu.. hmmm.. stakat tu dlu.. berjumpa lagi di entri akan datang.. wslm..

anyway, dulu cmne korang sambut maulidurrasul time korang skolah2??
  

HaLA TujU

Salam..

Smalam aku melepak di lab.. aku berasa runsing memikirkan tesis aku yang progress nyer slow semacam.. aku dengar rmai dah da siap.. aku ni da la lecturer x tanda lagi proposal aku yang dari sem lepas lagi aku da anta.. pastu rawatan sampel pon x siap lagi.. malas nak pk.. bley pusing kepala tahap jiwa kacau kalo pk.. baeklah.. aku trus cerita pasal entri aku ni..

semasa menunggu sampel aku masuk oven, aku n da coursemate berbincang mengenai satu tajuk hangat di tengah ari... " lepas abis studi ni ko nak wat pe".. tu la soalan yang ditujukan yang membuatkan aku rse aku ni sebenarnya xde hala tuju lpas aku abis blaja ni.. nak amik master ke?? nak keje ke??? kalo nak keje pon nak keje pe.. slaku bakal graduan sains nuklear, kerja pe kah yang aku nak ceburi..n semasa cakap pasal graduan sains nuklear ni, aku tringat r satu cite...

mse tu aku baru abis mtrx.. kre nak tggu result u la ni.. aku ada sorang membe yang aku knl mse mtrx yg bekerja smbilan di seven eleven (7E).. aku lak x keje n dikerah blaja memasak oleh mak ak.. mse result u kuar, ak contact r dia.. "wei mamat( bkn nama sbnr), ko dpt u mne?? aku dapat ukm.." pastu beliau menjawab, " aku uitm.. ko dapat kos pe??" ak bgtau r kat dia aku dpt kos sains nuklear n aku rsau r kos tu.. aku x tau keje pe nnti.. tbe2 dengan xcited nyer dia cakap kat aku yang dia ada membe amik sains nuklear tapi dak tu da graduate dah.. aku pon cpt2 tnya dia dak tu keje kat mne skang.. ye la nk tau gak pe produk2 sains nuklear ni.. skali dia pon dengan slambe badak n nada yang tenang menjawab " ada ni hah sebelah aku jd cashier kat 7E ni... " aku terdiam.. 

ble aku tringat blik citer ni ak gelak.. bodo gak membe ak ni.. mcm nak down kan smngt aku je.. padahal x slh pon kalo membe dia tu keje sambilan kat 7E sblm tggu interview.. skang ni aku rse ak tgguhkan dlu hasrat aku nak amik master.. aku pk, ak keje dlu.. tp x tau r.. keje kat hospital ke, AELB ke, MINT ke, amik Skim Graduan tentera ke atau pon cashier 7E.. ak x tau lg.. biar r mse menentukan...

iTu seMua PeNgaLamaN

salam..

minggu lepas adalah minggu yang sangat bz.. ye lah.. FESSAT berlangsung n seperti yang aku dah bgtau korang, aku n gen Jans join niaga.. memang penat nak mampos la katakan.. baru aku rse bertapa penat nye para peniaga yang memilih jalan berniaga sebagai punca rezeki.. tepukan gemuruh untuk para peniaga.. n aku harap diadakan Hari Peniaga untuk memberi penghargaan atas penat lelah mereka selama ni.. tapi x leh r sume peniaga cuti serentak.. mati r kalo satu kdai pon x bukak..
sepanjang meniiaga ni banyak benda gak yang aku belajar.. first mestilah aku blajo selok belok meniaga.. deal dgn tokey ni.. deal dengan tokey tu.. at least aku dah ada connection dengan dorang2 ni.. makne nyer ble aku nak keje ni bley la mintak pengalaman dorang..kere mudah r skit kalo kte ada network ni.. n aku jugak bley berlatih communication aku dengan orang2 atasan serta para customer aku.. sume ni berguna la untuk mase dpn..

seperti bese bukan sume bende manis.. selisih paham dengan membe tu mesti ada..mula2 tu stat niaga ada gak bengkek dengan membe sorang ni.. mungkin keadaan yg serabut @ penat @ aku x pham prangai dia ke pe... tapi cbe brsabar dan akhirnye meniaga ni pon berjalan dengan jayanya.. paling x tahan kepenatan tu r.. ye r.. bangun awal sebab nak prepare mknn, nk setting bende.. pastu keje no rest.. pastu closing lak malam buta.. esok bgun awal balik.. huishh.. penat beb.. tapi mmg aku tau kalo meniaga makanan ni mmg penat skit... tapi xpe.. sume ni pengalaman.. xpe r kalo bersusah2 skit..

anyway aku nak ucap thanx kat Jans atas kerjasam korang, penghargaan pada para customer yang sudi membeli n trimas kepada rakan2 yang sentiasa memberi support.. so, kalo ada sape2 nak offer kami meniaga bgtau la ek.. mungkin kami bley meniaga di tempat anda.. pape roger ak.. nnti kte discus...

sekolah ku..

salam..

sedar x sedar da 4 tahun da aku tinggalkan zaman sekolah menengah.. da lama da aku x pakai baju uniform sekolah.. hehe..aritu aku pegi skolah lama aku.. kat serting, negeri 9.. aku lawat skolah lama aku pon sebab nak amik result spm.. truk kan aku.. amik spm 2005 tapi skang baru terhegeh-hegeh nak amik result.. bese la.. bukan lupa daratan tapi da blajar kat UK.. susah la nak g amik result tu.. tapi aku pegi kjap je sebab dengan bapak aku bukan dengan kawan2.. so x leh la aku nak g geweh2 kat depan junior ataupon g melawat guru2 di blik guru.. tapi skola tu pon da nampak lain da.. nampak lawa.. mungkin sebab da tukar pengetua.. pengetua skolah aku dulu kedekut..

untuk pengetahuan korang pada mulanya aku x suke blaja kat skolah ni.. aku masuk skolah ni time aku form 4.. sebelum tu aku skolah kat perak.. aku sayang giler kat skolah perak aku tu.. sedikit sebanyak aku menghabiskan sisa hidup aku kat skolah ni dengan meng"compare" skolah lama dengan skolah ni.. memang jauh beza nyer.. tapi skang aku da sedar.. walaupon skolah kat perak tu best sebab skolah baru, tapi sekolah aku yang ni best sebab aku jumpa membe2 yang satu kepala yang turut same2 membantu aku untuk survive kat skolah ni.. pengalaman kat skolah ni sangat best.. kre nyer ada hikmah gak aku tukar skola..

banyak memori aku kat skolah ni sebab kat skolah ni la aku jadi budak yang jahat tapi berwawasan.. kat sini aku blaja pe tu tahan lasak, menjadi seorang pelakon yang berjaya, macam mana nak survive kat dunia realiti, blajo bergadoh.. tapi yang paling penting pe tu setiakawan.. batch aku antara batch yang x disukai oleh cikgu.. so kami kene sokong antara satu sama lain untuk trus maintain blajo kat cni.. antara sejarah2 yang pernah aku catitkan di sekolah ini ialah dikejar mak guard sebab fly kluar, ponteng prep, ponteng riadah, curi tgk tv, pecah masuk bilik mak guard, tangkap kucing n arnab cikgu displin dan gadoh dengan budak2 form 4..

setelah korang dengar cite di atas mesti korang ingat aku ni plaja trok.. sebenarnya aku xde la trok sangat. . ramai x tau pasal geng aku.. dorang just anggap kami ni plaja2 normal yang lain.. ini kerana muka kami yang baik dan kebolehan kami brlakon watak yang tak bersalah..lagipon kami tergolong dalam kelas budak2 yang sdikit up dari segi pelajaran.. itu orang ingt kami plajar yang tidak bermasalah.. bley kata ramai gak tertipu ..x kisah r tu sume.. benda tu sume da berlalu.. untuk adik2 di luar sana yang masih bersekolah, hargailah zaman skolah anda skang ni.. walaupon skang anda merungut kne iron bju skolah, tak pon malas nak buat tutorial, tapi satu hari nanti korang akan rase tu r zaman2 yang best korang lalui..

adios..


cuba korang cari mane aku.. hehe



Praktikal ku..

salam..
kali ni sudut mengimbau kenangan.. ye.. actually arini besday rakan se'praktikal'ku.. Aku amik kesempatan untuk wish kat Brina epi besday.. smoga pjg umor dan murah rezki.. dia dah 22 tahun dah.. tua sudah.. disebabkan besday dia arini, kami amik kesempatan untuk wat reunion dengan dak2 praktikal yang lain sambil tu sambut besday dia.. bak kata orang, sambil menyelam minum air..ktorang sambut kat restoran buloh perindu dan majlis ni tlah disponsor sepenuhny oleh tuan empunya besday.. hehe.. trima kasih la brina.. arap murah rezki ko tahun ni.. majlis ni dihadiri oleh aku, mira, anip, subri, kasmi n wani.. qila x dpt hadir kerana xde mood..

masuk ni dah genap 6 bulan la kami dah abis praktikal.. walaupon mula2 memang susah nak uruskan hal praktikal ni, tapi x sangka semua tu dah berakhir dengan gembira dan lancar.. dengan adanya penyelia yang sempoi lagi baik hati dengan staf yang friendly, memang x sia2 aku praktikal kat Hospital KL (HKL).. cume slack sbab x dapat gaji r.. biasa la kalo kte praktikal kat badan kerajaan..kre beramal sambil blajar laa.. tapi trimas kat UKM kerana memberi elaun 6 rggt sehari.. bley r wat makan..

so , mse majlis reunion tadi tringat balik zaman muda2 makcik.. ye la.. tringat ktorang first time handle patient, bergaya dalam operation theater, betulkan mesin potostat, gadoh dengan patient, gadoh dengan encik syukri iaitu medical assistance kesayangan, camne bley kenal dengan kasmi, saat melawat AELB, mse kacau kak tan dan lain- lain lagi.. rindu sei.. 

tbe2 aku rase yang memang mase praktikal dulu aku selalu rase penat dan susah.. naik fedup r gak kadang2.. rse malas nak gi keje pon ada..tapi lpas abis sume tu, aku bley terkenang kembali saat praktikal tu sambil tersenyum.. then aku compare life aku skang ni.. memang aku skrang tensen dan berasa hidup ni pahit tapi satu hari nnti aku akan ingat sume kenangan ni sambil tersenyum.. sume benda pahit yang aku lalui skrang ni akan jadi kenangan manis aku pada mase akan datang.. skrang ni baru la aku percaya.. " life is suck tapi esok masih ada".. so jangan la putus harapan.. sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya tu..

:D


Zaman Praktikalku~ mis them a lot..