Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

hampir diinterview lalu hampir ditipu??

salam..

ni ada cite fresh yang aku nak cite kat korang sume.. yela.. da alang2 dapat online ni.. trus la aku amik pluang ni nak update blog.. cite ni seyes fresh.. tahap baru petik dari ladang punyer laa..

fresh graduate macam aku ni memang desperate la nak cari keje kan.. baru2 ni aku sangat giih membuka laman web kerja kosong seperti jobstreet dan seangkatan dengannya.. setelah 4 interview aku tak pegi kerana masalah2 kronik, aku sangat gembira kerana di"call"oleh sebuah syarikat yang kata ada baca resume yang aku hantar kat Jobstreet dan diberitahu ada interviw ari isnin ni iaitu sok, 20hb september..

ayah aku suh siasat btul2 tentang syarikat ni dan Allhamdullilah kerana aku mendengar nasihat ayah aku.. aku cari kat internet tak jumpa.. plik kalo syarikat yang dikatakan worldwide takde syarikat laman web sendiri. skali aku search aku terbaca kat satu forum tentang syarikat ni.. kalo korang nak baca leh pegi kat link:


aku pon decide tak pegi interview untuk esk.. pe pulak pendapat korang kalo korang ditempat aku?


hentikan diskriminasi!!

salam

aku x tau la nape..
smalam aku telah didiskriminasi dgn truk skali.. seyes rse mcm nak jrit kuat2 kat ctu.. aku telah didiskriminasi kerana kau seorang budak perempuan yang muda.. x bley blah.. didiskriminasi sebab muda tu aku bley trima lagi laa.. xde la mkn hati sgt pon.. tapi ble didiskriminasi kerana aku seorang perempuan tu aku sdikit bengang la gak.. sbb aku rse "beliau" bkn saje mngutuk aku bahkan semua kaum wanita.. sesuka ati "beliau" je..

SITUASI 1

Perempuan ni kalo bawak kete suka bazir minyak petrol.. sbb dorang asyik pakai aircon

WTH kata pompuan gtu.. aku rse bab ni mne bley trus tuduh pompuan.. aku rse tu depend kat individu la.. dak laki pon bwk kete pakai aircon gak pe.. separuh org pk mungkin x pakai aircon bley jimatkan petrol.. tapi separuh org yang pakai aircon tu mungkin pk nak elak pencemaran udara kat luar tu.. ni siap bley tambah2 lagi kata budak pompuan bazir petrol pakai aircon sebab nak jaga makeup n bulu mata palsu.. x bley blah.. rse nak baling kasut..

SITUASI 2

Budak laki dah tau dah semua bahagian enjin.. budak pompuan ni je yang x tau pape

Perghh.. "beliau" cakap depan2 aku lak tu.. aku pon xdelah x tau langsung.. tau la gak skit2.. slalu tgk bapak aku repair kete..padahal budak laki sebelah aku tu siap tnya aku bateri ada brapa jenis sebab dia x tau.. tapi orang akan ingt dia tu msti tau sbb dia dak laki.. ini TIDAK ADIL

SITUASI 3

Pompuan pandai bazir duit n kedekut

Ish3... memang mintak pelempangkan ble dngar bnda ni.. "beliau" kata perempuan slalu bli spare part  kereta murahan sbb duit tu dia nak guna shopping bli baju, kasut n bla bla bla.. sesedap oren je "beliau" ni.. pasal spare part kete tu pon nak salahkan orang pompuan.. dah orang tu tak mampu, dia bli je la yang murah.. takkan la nak ikat perot sume tu sebab nak bli spare part original.. tak paham tol laa..


Secara umum nyer la kan, korang rase btulkah pendapat "beliau" tu??

p/s: nape orang ingat aku dak SPM... aku da 20-an la...

nape aku rse perempuan makin pelik..

salam..

wow.. baca tajuk pon macam bikin kontroversi je kan.. aku tau msti ada girl yang tgh pelik, garu2 kepala sebab asal aku pompuan tapi aku sendiri pelik terhadap perempuan masa kini.. and maybe ada yang lepas baca ni akan yang menyumpah seranah aku n baling2 bantal kat  laptop ( tapi aku rse entry ni x sekontroversi sampai mcm tu).. tapi tu sume aku tak kisah sebab ni blog aku kan.. muahahaha.. lagipon aku just nak utarakan pandangan aku n mungkin sedikit sebanyak menyedarkan sesetngah pihak di luar sana.. tapi korang sume jangan la rse aku unfair ke apa.. sbab aku gak akan buat entry nape aku rse lelaki makin pelik.. korang nak tau tak nape aku rse pompuan makin pelik? cbe kte tgk beberapa kes yang aku nak utarakan...

Kes 1.. " Saya tak perangkap awak.. n ini memang real"..

kes no 1 ni bukan la aku nak kutuk sape2 disini.. tapi ini dilalui oleh seorang mangsa yang telah menceritakan hal ni kepada aku n da gang.. mangsa merupakan seorang duda tapi telah dianiaya oleh seorang perempuan di muka buku a.k.a facebook.. dia menyatakan kepada orang ramai yang dia bakal menikah dan sangat merindui anak2 mangsa pada masa yang sama perempuan ini tidak penah bertemu pon dengan anak2 mangsa.. mangsa mengakui mereka pernah berkawan dan sekadar berkawan setelah mengetahui perangai sebenar perempuan itu..oleh itu, sume mengucapkan tahniah kapada mangsa di atas berita perkahwinan palsu walhal mangsa ni tak tau pape.. oleh kerana perangai perempuan tersebut semakin melampau mangsa telah meremovekan perempuan tersebut daripada friendlist beliau.. berita terbaru perempuan tersebut stil meletakkan gamba2 mangsa untuk menyatakan kepada sume orang yg dorang ada affair..

komen aku: aku mula2 ingatkan mangsa saje membuat cerita supaya mangsa macam nak menampakkan perempuan tu yang syok sendiri.. tetapi setelah mendengar keterangan beberapa rakan terdekat perempuan tersebut, rupanya memang diakui prempuan tersebut mmg suka memerangkap lelaki.. tapi apa motif dia memerangkap mangsa masih tidak dapat diketahui.. masih dalam siasatan.. aku pon pelik.. pelik2..

kes 2.." saya sangat sayang anak saya n sdey nak bagi kat orang tapi saya.."

korang pon da sedia maklum pasal kes2 pembuangan bayi yang kian menjadi musim di malaysia.. sume orang mengaku benci buang bayi.. siap ada buat kelab2 benci buang bayi bagai.. of course la benci buang bayi.. ada ke yang ngok pegi mengaku suka buang bayi.. and aku pon rse yang buang bayi tu pon dulu sume same je macam kita tak suka tengok bayi dibuang.. membe aku penah cerita pasal membe cousin dia.. yang terlanjur n dia cuba mengurangkan dosa dengan berniat untuk membela baby itu.. sebaik dia tak terfikir untuk buang bayi tu.. but ble baby tu baru je dilahirkan mak perempuan tu trus amik baby tu bagi kat orang laen.. even dia merayu kat mak dia nak jaga tapi mak dia tak kasi sbb mak dia kata bikin malu keluarga.. even tu anak luar nikah tapi dia stil ibu n baby tu anak dia n dia berhak tuk rse sdey time berpisah.. mase tu perempuan tu insaf.. aku dngar citer ni pon sdikit tragis.. tapi aku mula rse lagi tragis n melampau bila brita paling baru aku dengar perempuan tu menangis lagi bila nak kasi anak no3 dia kat orang.. kre dah produce 3 anak luar nikah..

komen aku: aku tak tau la dia insaf taik kucing ke pe.. daripada dia nangis2 bagi anak kat orang better dia cepat kawen sebab mmg sure2 mak dia bagi bela anak tu.. halal lagi.. nasab keturunan terbela.. kalo da tau laki tu tak bertanggungjawab, nape stil nak jadi tkang mengandung anak dia.. aku pon pelik. pelik2..

kes 3 " im not materialistik okay...."

yang ni aku rse maybe aku je kot yang rse pelik.. or maybe ni la cara hidup skang.. aku cbe brgurau dgn membe aku yang kalo bf aku ada moto kapcai pon da ckup okay da.. pastu dia nasihatkan aku yang skang ni mmg la rse ok.. nnti ko nak kete, nak yg ada duit, nk yg brkrjaya.. pe la ngok sgt.. aku student n aku pon kne la pham kalo bf aku pon student.. takkan la dia nak bli kete sbb aku kot.. kalo aku da keje 6 tahun tu logik la aku terasa kalo bf aku tu xde mnde.. sbb da jadi satu keperluan da kete tu mse tu.. n ble cakap dia tak rse materialistik ke tu sume.. dia ckap dia bukan  tak materialistik n tak memilih.. padahal takde kete n xde duit is one of da reason dia clash dgn ex dia.. aku pon plik.. plik2..

komen aku: jangan samekan sume pompuan prangai cmni.. masing2 ada pendirian masing2.. tapi aku stil respek kalo itu da pendirian dia.. 

aku rse tu je dlu kes2 yang aku nak utarakan .. macam pjg lebar dah aku membebel.. macam dah kes jenayah dah.. tu just pndngan aku je.. bende2 mcm ni kan subjektif,.. kne tgk dari stiap sudut actually.. anyway aku saje je nak utarakan pendapat aku.. so, kalo ada yang x puas ati bley habaq kat aku lpas ni k.. tc..

imPian aku sebagai Budak2 Tahun aKhir..

salam.. baru2 ni memang bz.. yelah.. sume asignmen nak dekat due date.. final exam pon dah mula terasa bahang nyer.. so, agak sdikit buntu untuk mengupdate blog.. tapi da alang2 blogwalking ni, aku pon amik keputusan nak mengupdate blog aku skali..jeles jugak la tengok orang laen asyik update je.. so, entry aku ni tentang impian aku sebelum aku blah daripada universiti ni.. n aku tau ramai kawan2 sejagat yang baca blog aku ni (poyo giler statement ni)  n aku harap entri kali ni memberi mereka sedikit hint tentang pekah yang aku tringin nak buat sebelum mengakhiri zaman universiti ku..

a)bergambar
ni da perkara wajib.. even x jadi tahun 3 pon aku memang da bergambar.. tapi dulu aku xde r join sgt gambar2 ni.. tapi sebab aku da tahun 3, aku try gak nak masuk mne2 ruang jnji terselit skit muka aku.. ni supaya kawan2 aku tak hilang ingatan tentang aku..tetapi malangnyer aku takde kamera digital.. kamera dslr tu lagi la jauh skali..harap kat kamera henset je r.. stakat pakai kamera henset tu apelah sangat.. kalo nak tgkap 4 orang, satu kepala karang trcicir.. tak masuk korum sebab x muat.. sadis btul.. tapi sebaik aku ada rakan2 seperti cikwanik n che daini yang sentiasa membawa kamera dalam beg kerana tau yang ble2 mase kamera diperlukan n  bley digunakan untuk bergambar..

b)berpoya-poya
semakin tahun 3, semakin rajin aku berpoya2.. pekah tu.. mesti korang pelik.. tapi ni tak boley dinafikan lagi.. kalo geng2 aku ajak la pegi mane2 pon mesti aku join nyer.. aku x join kalo ada sebab seperti  emergency@x sihat@ lain2 alasan yang kukuh je.. tempat lepak yang selalu digemari ialah kedai makan, mcd ( ni bertumpu kepada cikwanik), alamanda, tgv,pusat karaoke, kajang n baru2 ni ktorang g taman botani alamanda.. best woo.. sebab segala memori2 lepakan ni lah yang akan menjadi kenangan di waktu akan datang kelak.. at least zaman2 cmni kte bley la menyamar diri kte ni remaja lagi.. mse da keje karang susah dah.. karang baru nak remaja sikit ada lak yang tegor da buang tebiat..

c) ber"viva" bersama rakan2
impian ketiga ni makin malap kurasakan.. mana tak nyer.. gamma spect aku tu buat hal n pakcik icp-ms yang bz memanjang melambatkan progress tesis aku.. kalo lambat dapat result mcm mne aku nak proses data nak buat bab 4.. kemungkinan untuk berviva awal makin ranap.. adoii... camne aku nak go on.. disebabkan banyak sangat masalah, aku mula rse boring da nak g lab.. aku rse da macam makcik lab da.. cme aku tak dapat gaji la.. aku akan trus tabah demi Viva.. chayok2..

d)menjual kucing pengetua kolej KDO
haa.. baru2 ni baru aku tau yang pengetua KDO ada bela keturunan anak2 kucing yang comel2.. comel-comel giler tahap giler gaban punyer ni.. da macam ala2 kucing kat dalam internet tu.. gtu dia punyer comel.. actually impian ke4 ni aku maen2 je.. da diberi peluang bermain dengan kucing2 tu pon aku da cukop seronok da.. tapi kalo bley jual, aku nak jual RM1500 sekor.. aku rse berdasarkan kecomelan dorang tu, mmg ada orang nak beli.. muahahaha..

comel mcm ni kucing2 tu.. x tpu..

e)berharap kawan2 berhidup dengan baik..
walaupon ktorang datang dari latar belakang yang berbeza, kadang2 pernah tak sebulu, ada impian masing2.. tapi da nme satu geng.. sekepala gak beb.. impian aku yang last ni aku harap kwn2 aku berjaya dengan urusan master n mse dpan, tersedar daripada kenangan lama, meninggalkan sepatutnya yang ditinggalkan, menemui arah dan jalan hidup serta hidup dengan baik n gembira.. kalo impian ke5 aku ni tercapai, aku rse even aku nak berpisah dengan dorag nnti after graduate pon, aku senang hati.. sebab aku takyah risau kawan2 aku hidup susah lagi.. sori.. terdapat unsur2 jiwang lagi sdey di situ..

klah guyz.. pape aku kasi update lagi..got to chaw..daa

KejUjUraN dan SewakTu DengaNnya...

Salam..

Pe pendapat korang tentang kejujuran?? Sikap jujur la senang citer.. korang rse diri korang ni ckup jujur ke.. aku bukan la bersikap negatif or berfikiran tertutup tapi bagi diri aku ni  kejujuran tu dah x wujud lagi dalam dunia ni.. korang maybe akan terpikir pe bende budak ni merepek ni tapi percaya atau x tulah yang aku percaya..mula2 ble aku bgtau kat kawan2 aku.. ada yang gelak.. ada yang cakap aku ni tah pape.. ada gak yang cakap aku ni berpikiran x matang.. ada yang menentang aku habis- abisan..tapi lame kelamaan makin ramai yang seperfahaman dengan aku..

sebelum aku tnya sama ada korang sokong aku ke x, aku ada satu soalan r kat korang.. korang rse diri korang sendiri ni jujur ke?? x pernah menipu? x pernah sembunyi kebenaran?? kalo korang kata ye, aku memang nak sangat nak jumpe korang.. gua tabik spring sama lu.. sebab aku dah x jumpa dah orang mcm ni.. bley kata sume yang aku kenal dah xde dah yang jnis mcm tu.. maybe sebab tu gak lak aku da x percaya wujud nyer orang jujur ni..

nak dengar tak skit tentang sejarah hidup aku.. aku mengaku.. dulu aku ni sdikit kaki menipu.. aku xde r tipu orang tahap dasyat yang sampai hidup orang tu hancur.. aku tipu pasal nama aku, umor, keluarga, result exam.. bley katakan aku sorokkan sume tentang diri aku n dulu aku susah skit nak ngaku bersalah..bukan sengaja aku menipu.. tapi aku lebih kepada nak selamatkan diri n other reason, aku xnak orang sekeliling aku susah ati.. dulu aku menghidapi sindrom overprotective thdp diri n org yg aku syg.. aku tipu family, kawan2 n lebih trok diri sendiri... aku lak diberi kebolehan berlakon.. so, orang xkan syak pape..aku lebih suke tanggung sorang diri.. maybe sebab aku dibesarkan cara macam tu.. bg aku xde org yang kenal sape diri aku 100% sbb kadang2 aku pon x pham diri sendiri.. aku harap korang jangan ingat aku ni psyco ke pe.. tu dlu.. mse zaman aku muda remaja.. jangan r stop kawan dengan aku lak..

nak dijadikan cite, aku jumpa dengan seorang makhluk ni.. aku x tau r nape.. aku rse dia ni jujur dengan aku even aku ni banyak tipu dia n aku dapat rse dia pun tau aku ni kaki kelentong..menyebabkan aku percaya dengan dia..ssah woo aku ni nak percaya dengan orang.. skit- sebnyak aku brubah ble kawan dengan dia.. aku kurang menipu, mula trima orang.. aku mula percaya kejujuran tu satu benda yang bley wat kan diri n org sekeliling aku slamat.. but satu hari dia tipu aku.. n sjak dari tu aku tau yang bnyak gak dia dah tpu.. n dia gak ada kebolehan berlakon innocence.. WTH.. same je cam aku dlu.. menyebabkan aku pikir balik, kalo orang yg aku rse dah ckup jujur tu bley menipu, ada lagi ke orang jujur.. kejujuran tu dah x wujud dah zaman sekarang ni.. sume sanggup menipu demi kepentingan diri sendiri.. bese lah manusia...

tu cume pandangan dan berdasarkan pengalaman aku je.. aku bukan nak wat kan prinsip hidup korang brubah.. aku x nak lak korang sokong pndapat aku ni 100%.. cume aku nak bukak mata korang yang jangan la percaya sepenuhnya kat seseorang tu.. sebab kejujuran tu ssh nak dapat zaman skrang ni..ramai yang bagi reason menipu sebab kebenaran itu menyakitkan.. but, actually better kte tau satu kebenaran tu lebih awal daripada kte tau kebenran tu selepas satu penipuan.. itu lah baru orang cakap sakit tahap mencengkam jiwa.. sebab tu r aku ingt nak brubah skit demi skit sebelum aku lak rosakkan kepercayaan orang lain..aku harap, korang xde r boikot aku selepas ni.. ni aku saje je cite.. sbb aku dah x tau letak entri pe..

anyway aku nak cakap thanx sebab sudi jadi kawan aku, masih berkawan dengan aku n jadi follower blog aku ni.. (^-^)


be honest, even if others are not
if others will not
if others cannot

jangan jadi hakim..

salam..



aku baru je lepas tengaok wayang dengan wani, qilah, che n mira.. ktorang g tgk kat alamanda.. cite ADNAN SEMPIT.. ramai sangat da review citer tu.. tu yang aku gigih gak nak gi tgk tu.. aku rasa ramai kat cni da tgk da citer tu.. tapi aku nak gak bagi sdikit komen tentang citer ni.. citer ni sbnrnya tentang camne khidupan seorang mat rempit yang bekerja sebagai mat despech yang ada hati kat bos sendiri.. citer nyer bukan la nak citer tentang kehebatan seorang mat rempit membuat rempitan atau superman atau pacak.. tapi lebih kepada camne percintaan seorang mat rempit n seorang minah yang kaya lagi berpelajaran.. yup..  antara 2 darjat la konon nya.. bley tahan la citer ni.. sebab ada lawak2 sengal, ada Cat farish n angh raja lawak, along raja lawak pon bes gak.. aku bagi 3.75 dari lima bintang.. syabas betti..huk2

maybe korang rase citer ni simple tapi tu r sbenarnya real life.. pengajaran yang aku dapat dari citer ni jangan hakim buku dari kulit atau bahasa orang putihnyer, " dont judge a book by its cover.." dalam citer ni dorang nak tunjukkan cmne masyarakat still susah nak trima x-mat rempit yang sudah berubah.. asal orang tgk bwk moto laju, pakai slekeh, tuduh dia tu mat rempit selaku sampah masyarakat.. tapi aku tgk si adnan ni walaupon  x- mat rempit, tapi dia ada wawasan.. at least dia da brubah.. cari kerja, da stop race haram.. maybe dia join tgk race tapi at least dia brubah sikit demi skit.. ssh r kalo trus nak brubah 100%.. giler ape tu.. bagi aku, asal kan ada hati nak brubah n brubah skit demi skit itu da ckup baik .. sume orang patut dapat pluang kedua.. so pe kata stop hina dia sampah masyarakat tapi bagi sokongan supaya dia dapat kluar dari cara hidup dia.. aku rase orang yang nak berubah tu seorang yang ada wawasan n berganda kali better dari orang yang pandai mengutuk tapi x menyumbangkan ape pada negara.. menghabiskan beras je.. tak gitu??

actually bile aku pk2 balik, maybe ada kaitan gak dengan hidup aku.. bak kata si adnan sempit tu " muka gua brutal tapi dalam hati gua ada taman".. maybe korang tgk aku just budak slekeh lagi tak cun malah kadang2 kejam tapi hati aku masih lagi ada kelembutan ( geli lak.. haha).. maksud aku, aku ni xde r trok sgt.. n cerita ni juga bagi pengajaran kat aku jangan suka hati je nak judge orang.. stiap orang mne de perfect.. kita kne blajo trima orang baru orang bley trima kita..

k r guyz.. nnti aku review movie lain lak..
wslm..

kata mereka..

salam..
mengenai hal aku nak melibatkan diri dalam hal- hal gitar telah ku tanya kan kepada ahli keluarga.. yelah.. saje je nak tau pe mereka kata.. di sini adalah pendapat mereka bila aku tnya aku nak blajar main gitar...

AYAH
 aku: nak bli gitar bley x?
  ayah: xyah.. amik je gitar ayah kat umah nenek..
  aku: x mau r.. ada ke.. tah2 da kne mkan dengan anai2..x nampak pon ble dtg umah nenek..
  ayah: wat pe nak bli gitar?
  aku: nak blajar main la.. bley bawak g mane2.. bley jd  hobi..bli pon gne duit sendiri
  ayah: xyah la blaja main gitar.. blaja la main piano..
  monolog aku dalam ati: piano tu da la mahal.. berat lak tu nak angkut.. sah2 
                                      lepas ni aku dapat potensi osteoporosis


IBU:
  aku: nak bli gitar
  ibu: nak watpe??
  aku: nak blajo la.. bley gak la buat hobi..isi mase lapang..
  ibu: kalo macam tu pe kata plih hobi lain.. masak ke.. menjahit ke.. jadi pompuan skit...
  monolog aku dalam ati: amik ko.. kan da kena slot gadis melayu dengan ibu.. 
                                     asal la aku g tnya td..
 
ADIK- BERADIK
  aku: nak blajo main gitar ni.. ok x??
  dorang: ok2.. ok sangat r tu..
  aku: tu r.. nak bli tapi ayah macam berat je..cmne ek??
  dorang: bli je.. gne duit ko gak.. lgpon ktorang nak tumpang sekaki ni.. kalo ko da x nak main
              bley ktorang rembat gitar tu..
  monolog aku dalam ati: pulak  dah..

Hmm... ni membuatkan aku berpikir lagi skali.. pe lak pendapat korang??