cuba sebut "TAK "..

salam..

cuba baca tajuk di atas.. mmg r time baca entri ni korang sume bley cakap perkataan tak.. tapi bagi sesetengah orang, dia mmg ssh nak cakap TAK ketika situasi- situasi tertentu.. antara situasi- situasi yang menyukarkan penyebutan perkataan TAK keluar dari mulut adalah " boleh x tolong....", boleh x teman...", boleh tak buatkan.." dan lain2 lagi jenis permintaan.. kadang2 kte mmg tak mau buat tapi payah nak cakap TAK.. last2 kte buat gak.. stelah para penyelidik dari Tarkisdihamse Island ( bukan nama sebenar) membuat kajian, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca seseorang itu tak boleh  menyebut perkataan TAK..

korang sukar untuk berkata TAK ble....

a) simpati menguasai diri
korang ssh nak cakap TAK ble korang rse simpati kat orang tu.. korang x sampai ati ble dia buat mke ksian dia yang seposen tu.. tbe2 korang tringat kisah hidup dia yang ksian tu.. korang rse dia la orang paling kesian skali dalam dunia ni.. sebab tu korang x bley nak cakap TAK ble dia mintak tolong.. dan ini jugaklah sebab nape sesetengah korang x bley cakap TAK ble dia mintak kapel..

b) yang mintak tolong tu membe sendiri..
memang dalam hati kata TAK nak.. nak nyer kalo bende tu seakan menyusahkan korang..  karang tak tolong kang kata lupe kawan lak.. kang nanti dia mrajuk lak..paling trok kang dia repot kat kawan2 lain.. nti esok nyer sume kawan laen menjadi bisu bila korang bercakap dengan dorang.. kalo itu terjadi means korang da kne pulau.. so, nak x nak korang pon cakap boleh.. padahal dalam hati kutuk giler2 punyer.. macam aku x tau..

c) yang mintak tolong tu awek atau balak korang
dulu mse nak declare kan siap cakap lautan api sanggup diredahi.. onak duri kte tempuh bersama.. u jump i jump.. haa... amik ko.. skrang ni ble dia dah mintak tolong nak x nak kne r tolong gak.. demi cinta la katakan.. kalo x tolong karang kata dah x sayang.. u dah ada orang lain skang ni la...macam haram .. silap2 aribulan trus clash.. tapi aku nasihatkan korang mesti bertegas cakap TAK especially kalo pasangan korang mula menjurus kepada perkara 18SX..

d)yang mintak tolong tu mak korang
ni memang dah diajar sejak korang sume Taska Kemas lagi.. takpon mse korang skolah agama kecik2 dlu.. korang kne turut kehndak dorang kecuali kalo benda tu melanggar hukum syarak.. korang buat jela kalo dorang mintak tolong.. janganlah melawan.. akibat berkata TAK kepada mak korang boleh dilihat di drama2 di TV seperti Bahang Ravina, Akukah Tanggang??, Ihsan dan Malin Kundang.. memang balasan nyer tak yah tunggu kat neraka.. kat dunia pon kte dah dapat free2..

e) kepada rokok
yang ni khas untuk perokok tegar.. walaupon basicly dorang memang dah tahu rokok ni memang x baik untuk kesihatan tapi stil smoking.. dah belambak papan tanda say no smoking.. tapi bantai gak 7-8 batang satu hari.. gambo bayi cacat n sgala penyakit bergambar hodoh letak kat depan kotak rokok tu pon x jalan gak..bli gak sekotak dua.. harga rokok naik pon bedal gak.. niat nak membangunkan ekonomi negara.. wak lu.. kesimpulannya korang ni memang x leh nak cakap TAK pada rokok.. maybe korang kesian kat pakcik kedai runcit yang jual rokok tu ble korang tgk perniagaan dorang macam x laku atau nak jaga hati orang yang hulur rokok kat korang.. xpe2.. dimaafkan..

f) pelat huruf t
golongan ni ada tapi kes ni 1/10000 di kalangan masyarakat.. dorang actually nak sebut TAK.. tapi sebutan huruf "t" mereka kedengaran seperti "n".. oleh itu orang slalu ingat korang sebut NAK walaupon secara mental nyer korang nak sebut TAK.. sian kat korang..untuk golongan ni aku cadangkan korang luangkan mase untuk blajo bahasa isyarat.. ini bertujuan supaya orang dapat msej yang cuba disampaikan oleh anda.

g) bila dapat asignmen @ kerje skolah
ye.. ni memang cari bala la kalo korang cakap TAK ble lecture or cikgu korang bagi asignmen or kerja skolah.. korang mungkin akan dicop kurang hajar @ berdiri di atas kerusi @ dicubit di hadapan kelas@ dihantar ke bilik kaunselor.. tapi kalo pelajar U, takyah citer panjang r.. nescaya korang akan dapat paling baik pon C- untuk subjek tu ble korang tgk slip result exam nnti..n buat plajar U yang tgh buat tesis tu, kalo cakap TAK kat tesis, korang akan TAK graduate..

h) bila kne g meeting
kalo untuk golongan bekerje mmg meeting tu bende wajib la.. korang akan senang menyebut TAK nak pegi bila syarikat tu bapak korang punyer.. itupon balik kang kene bambu kat umah.. n bagi golongan pelajar jika korang berkata TAK pada meeting kolej @ persatuan, korang mungkin akan dibuang klab, @ mendapat surat amaran@ ditolak markah@ kehilangan kredit n berkemungkinan besar korang tak boleh duduk kolej lagi sem depan.. macam bangkai jer.. benci meting..

itulah antara sebab2 yang glamor nape orang ssh nak cakap TAK.. tapi kalo korang ada sebab lain yang ingin dikongsi bersama bley la kemukakan.. k guyz.. smoga berjumpa lagi di segmen akan datang.. slamat beramal..wslm

pekah sume ini??

salam..

petang smalam ktika aku sedang bergolek2 di atas katil, tanpa aku pinta , aku tertido ( tanpa aku pinta la sangat..hehe) .. sdar2 aku tgk ari  dah lewat petang.. aku pon pegila mandi.. aku trase lapo yang amat.. yela dari pagi aku x makan.. lapo tahap ikan piranha r jawabnyer..

yang best tu ada sorang membe ni tbe2 datang blik aku.. dah r aku x rapat dengan dia..kenal2 muke macam2 tu jer.. tbe2 dia cakap jom teman dia g bli makanan.. chantek sangat la tu.. aku pon join je la dia.. mcm dia tau2 lak aku ni tgh lapo.. aku pon smpai cf g r bli nasi lemak + burger.. aku bungkus je sbb nak makan kat bilik.. burger tu lak memang menggoda habis tahap spicy chicken mcdeluxe.. x saba aku nak balik bilik.. pastu bertembung balik dengan dak yang ajk aku makan tadi tu.. aku tgk banyak gler makanan dia beli.. dia cakap kat aku dia bli makanan skali tuk malam.. so, malam x yah kuar lagi bli makanan.. aku rse tula idea terbernas.. aku pon g order 2 lagi burger daging.. ( x sihat btul gaya pemakanan aku ni)..

tbe2 aku terjaga..aku tgk kat tangan takde dah plastik makanan yang aku pegang tadi.. rupa2 nyer tadi tu sume mimpi.. sdey glerbabeng tahap hilang anak kucing yang aku dah bela 2 bulan.. aku tringin sangat nak makan burger2 yang telah ku bli di dalam mimpi tu tadi..patut r ada budak x knal bley ajak aku gi makan.. adeh.. aku pon trus msj cikwanik untuk mengajak beliau makan.. sbaik ada cikwanik yang sentiasa sudi teman aku makan.. trima kasih cikwanik..

pengajarannya di sini anak2.. 
 a) janganlah kte tdo petang
 b)janganlah lapar seblum tdo
 c) janganlah terlalu berharap.. nescaya anda akan kecewa kalo tau tu sume mimpi

lepas ni sesape lapo jom ajak aku makan.. aku okey punyer.. keutamaan diberi kepada cikwanik..hehe

burger ku..(T.T).. sob2..

pedih..


ble kita kehilangan kata2 untuk bertutur

atau kehilangan tempat untuk berkata-kata

hidup ni terasa lumpuh

dunia mula trasa berjalan laju tanpa menghiraukan kita

kita mula rase yang xde lagi tempat untuk kita

mane hilangnya haluan kita?

mana peginya diri yang dulu?

layak ke kita luahkan rse

atau mmg kita ditakdirkan untuk pendam je prasaan

kepercayaan mula pudar

sape yang boleh lagi mempercayai kita

yang lebih penting, sape lagi yang boleh kita percayai

walaupon hakikat itu kejam, atau kebenaran itu menyakitkan

tapi kita sebagai manusia still berharap

kerana manusia dan harapan tak boleh dipisahkan

walaupon tahu berharap itu bukan lah jalan keluar

walaupon tau itu bukanlah harapan yang terbaik untuk kte

kehilangan kamu membuatkan hati aku sangat pedih

pedih lagi ketika aku rindu sama kamu

tapi bak kata ahli fiqir

mungkin satu hari kamu merindu, kamu akan  tau derita hatiku

merindu itu satu derita

tapi jika derita itu bahagia

aku pilih derita merindui mu..

sepanjang aku cuti, aku rase aku stil bergelumang dengan ingatan aku tentang encik bongok.. terlalu manis untuk dilupakan n terlalu pahit untuk diluahkan..dulu kalo aku tringat kat dia, kalo aku balik umah at least bley kasi lupa sama dia.. aku x tau la sampai ble aku nak stop ingat kat dia.. xtau la beb.. mungkin bende ni sume amik mase kot.. aku pon x sangka aku bley create entri jiwang kali ni.. so sape yang rs menyampah bce entri aku kali ni harap maaf la ek.. cume nak luahkan nukilan yang datang dari satu sudut hati..



DeaR AtuK..

Salam..

Disebabkan aku pulang ke rumah mase raya cine ni, n intenet seakan harem lembab di rumah menyukarkan aku untuk update blog ni.. so sory guyz.. slain tu aku nak gak ucapkan trimas kat para readers n para follower blog aku ni kerna still go on bce blog aku ni even aku sdikit kurang mendedahkan identiti aku..

seperti kanak2 laen, aku telah pulang ke kampung halaman tercinta mse cuti aritu.. aku stil memiliki atuk n nenek belah ayah aku.. dorang je satu-satunye atuk n nenek aku yang tinggal.. umur dorang 80++.. menyedari yang dorang makin tua adalah penting untuk aku menghargia dorang even aku ni xde la cucu yang terapat dengan dorang.. dengan umo dorang skrang, dorang kadang2 lupa nme aku.. tak pon panggil aku dengan nama mak aku.. maybe dorang konfius..

aku nak kongsi story skit pasal atuk aku.. aku rse atuk aku da smakin nyanyuk.. aku agak risau.. aku mula syak dia nyanyuk mse ari atuk sedara aku meninggal.. ktorang ramai2 g muar ziarah keluarga arwah pastu ble da blik tu dia tnya bapak aku,  "sape yang meninggal td??"..sume tekejut gak dengar soalan tu.. pastu mse aritu ktorang borak2 skali dia cakap yang ayah aku ni sebaya dengan taib.. mengamuk maksu aku dengar.. sebab taib tu merangkap abang atuk aku.. camne lak bpak aku bley sebaya dengan atuk sedara aku tu lak.. yang lebih tua drpd atuk aku pulak tu.. ish3

yang paling aku cuak ada skali tu aku bangun sembahyang suboh.. aku nmpak atuk duk cakap sorang2..pasal perjanjian.. pasal kepercayaan.. tbe2 aku dengar dia sebut nme kapal singh..aku pon x pham.. cmne lak bley msuk si kapal singh tu..kalo tgk gaya dia bercakap tu mcm bersyarah dah.. x tau dia ckp dengan sape.. khusyuk bebenor.. aku rse atuk aku ni ada imaginary fren r..

ble nak blik umah tu, sayu lak aku tgk atuk aku.. dari air muka dia tu nmpak mcm sdey je.. aku rsau kalo pape jadi kat dia sebab aku rse ingatan dia makin kabur.. aku rsau kalo satu ari nnti dia da x ingat sape aku.. even aku tau yang atok aku xkan bce blog aku ni, tapi aku nak dia tau yang aku sayang kat dia..

entri kali ni khas tuk my dear atuk..

 
ini bukan gambo atok aku

HaLA TujU

Salam..

Smalam aku melepak di lab.. aku berasa runsing memikirkan tesis aku yang progress nyer slow semacam.. aku dengar rmai dah da siap.. aku ni da la lecturer x tanda lagi proposal aku yang dari sem lepas lagi aku da anta.. pastu rawatan sampel pon x siap lagi.. malas nak pk.. bley pusing kepala tahap jiwa kacau kalo pk.. baeklah.. aku trus cerita pasal entri aku ni..

semasa menunggu sampel aku masuk oven, aku n da coursemate berbincang mengenai satu tajuk hangat di tengah ari... " lepas abis studi ni ko nak wat pe".. tu la soalan yang ditujukan yang membuatkan aku rse aku ni sebenarnya xde hala tuju lpas aku abis blaja ni.. nak amik master ke?? nak keje ke??? kalo nak keje pon nak keje pe.. slaku bakal graduan sains nuklear, kerja pe kah yang aku nak ceburi..n semasa cakap pasal graduan sains nuklear ni, aku tringat r satu cite...

mse tu aku baru abis mtrx.. kre nak tggu result u la ni.. aku ada sorang membe yang aku knl mse mtrx yg bekerja smbilan di seven eleven (7E).. aku lak x keje n dikerah blaja memasak oleh mak ak.. mse result u kuar, ak contact r dia.. "wei mamat( bkn nama sbnr), ko dpt u mne?? aku dapat ukm.." pastu beliau menjawab, " aku uitm.. ko dapat kos pe??" ak bgtau r kat dia aku dpt kos sains nuklear n aku rsau r kos tu.. aku x tau keje pe nnti.. tbe2 dengan xcited nyer dia cakap kat aku yang dia ada membe amik sains nuklear tapi dak tu da graduate dah.. aku pon cpt2 tnya dia dak tu keje kat mne skang.. ye la nk tau gak pe produk2 sains nuklear ni.. skali dia pon dengan slambe badak n nada yang tenang menjawab " ada ni hah sebelah aku jd cashier kat 7E ni... " aku terdiam.. 

ble aku tringat blik citer ni ak gelak.. bodo gak membe ak ni.. mcm nak down kan smngt aku je.. padahal x slh pon kalo membe dia tu keje sambilan kat 7E sblm tggu interview.. skang ni aku rse ak tgguhkan dlu hasrat aku nak amik master.. aku pk, ak keje dlu.. tp x tau r.. keje kat hospital ke, AELB ke, MINT ke, amik Skim Graduan tentera ke atau pon cashier 7E.. ak x tau lg.. biar r mse menentukan...